Terkini

Najib hadir bicara kes 1MDB di Mahkamah Tinggi KL

Kuala Lumpur – Datuk Seri Najib Razak tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sekitar 8.27 pagi tadi bagi menghadiri perbicaraan kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.28 bilion.

Sebelum ini, mahkamah telah mengeluarkan perintah kepada pihak penjara supaya bekas Perdana Menteri itu menghadiri prosiding hari ini di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Prosedur biasa dalam kes sedemikian adalah untuk mahkamah mengeluarkan perintah kepada pihak penjara bagi membolehkan banduan hadir pada perbicaraannya bagi kesalahan lain atau sebagai saksi.

Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumlah yang sama.

Selasa lalu, Najib dihantar ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman penjara selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman atas kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Panel lima hakim dipengerusikan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai 2020.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: