Gaya Hidup

Meraikan kepelbagaian budaya Malaysia dengan Fiesta Nusantara bersama Lotus’s

KUALA LUMPUR – Bersempena dengan bulan kebangsaan, Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) telah bersedia untuk melancarkan Fiesta Nusantara bersama Lotus’s di lima cawangannya, bermula dari Lotus’s Kajang pada malam Merdeka ini.
Selepas dua tahun pandemik, ini adalah sambutan upacara besar-besaran yang diraikan bermula 26 Ogos hingga 4 September 2022, di mana masyarakat boleh berkumpul untuk Bersama-sama merasai dan menghargai budaya dan makanan tradisi negara.

Para pengunjung akan dapat menikmati pelbagai pilihan makanan Asia Tenggara dari 80 gerai yang tersedia dan mengambil peluang untuk membeli-belah pelbagai produk yang ditawarkan termasuk seni & kraf, aksesori, fesyen dan penjagaan kecantikan. Selain itu, karnival ini akan membawa kembali warisan tradisional dan budaya yang telah menjadikan negara Malaysia ini unik melalui pelbagai aktiviti, dan persembahan tradisional untuk dinikmati dan disertai oleh para pengunjung.


“Kami percaya bahawa Fiesta Nusantara bersama Lotus’s ini merupakan platform yang menarik di mana terdapat pelbagai vendor dari seluruh pelusuk Malaysia berkumpul untuk mempromosikan makanan istimewa dan produk-produk tempatan yang hebat. Karnival ini akan membangkitkan minat masyarakat dan memberi peluang kepada generasi muda untuk merasai kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia”, kata Antony Spillett, Ketua Unit Pusat Beli- Belah, Lotus’s Malaysia.

Antony juga turut berkata, tujuan karnival ini diadakan adalah untuk membantu dan menyokong perniagaan-perniagaan tempatan melebarkan sayap mereka dengan membuka peluang untuk berniaga. Selain dari karnival ini bertindak sebagai sebuah platform untuk
mempromosikan budaya tempatan, para peniaga tempatan juga boleh memanfaatkan peluang ini untuk memperluaskan lagi empayar mereka.

Fiesta Nusantara dengan Lotus’s akan meneruskan jerayawaranya ke cawangan Lotus di seluruh negara, bermula dari kawasan tengah di Lotus’s Kajang, Lotus’s Ampang, Lotus’s Rawang, Lotus’s Semenyih and Lotus’s Shah Alam. Karnival ini adalah percuma, oleh itu, semua pengunjung dialu-alukan untuk menikmati, menyelami dan berbangga dengan budaya yang berwarna-warni yang telah menjadikan Malaysia sebagai syurga makanan dan kaya dengan perayaan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: