Politik

Rosmah dihukum 10 tahun penjara, denda RM970 juta

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman 10 tahun penjara dan denda RM970 juta terhadap Rosmah Mansor selepas mendapati beliau bersalah bagi tiga pertuduhan kes rasuah projek hibrid solar.

Isteri bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman 10 tahun penjara bagi setiap pertuduhan yang disabitkan.

Bagaimanapun, beliau hanya perlu menjalani hukuman selama 10 tahun selepas Hakim Mahkamah Tinggi Mohamaed Zaini Mazlan memerintahkan hukumannya dijalankan secara serentak.

Beliau turut dibenarkan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan.

Terdahulu, Zaini menyampaikan sabitan bagi tiga pertuduhan rasuah terhadap Rosmah, mengatakan pihak pembelaan gagal membangkitkan keraguan munasabah terhadap hujah pendakwaan.

Rosmah, 70, diarahkan membela diri terhadap tiga pertuduhan tersebut pada 18 Februari tahun lalu, selepas pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah dalam kesnya.

Beliau menghadapi satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd Saidi Abang Samsudin.

Rasuah tersebut didakwa diterima melalui pembantunya Rizal Mansor sebagai balasan kerana membantu Jepak Holdings mendapatkan kontrak projek bersepadu sistem solar photovoltaic (PV) hibrid dan penyelenggaraan serta operasi genset/diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus dari Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penghakiman Mahkamah Tinggi hari ini disampaikan selepas baru seminggu Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir suaminya, Najib Razak bagi mengenepikan sabitan dan hukumannya dalam kes penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: