Politik

Rosmah akan fail rayuan dalam masa terdekat

Kuala Lumpur – Pasukan pembelaan akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor dipenjara 10 tahun bagi setiap tuduhan yang berjalan serentak dan denda RM970 juta.

Peguam Datuk Jagjit Singh berkata, rayuan akan dibuat dalam masa terdekat.

Beliau berkata demikian pada sidang media di lobi Kompleks Mahkamah di sini, sebentar tadi, lapor Berita Harian.

Terdahulu, Hakim Mohamed Zaini Mazlan dalam penghakimannya berkata pembelaan Rosmah dalam kes rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak adalah penafian kosong semata-mata.

Beliau berkata secara ringkasnya pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap ketiga-tuduhan yang dikenakan terhadap Rosmah.

“Mahkamah hendaklah, pada akhir perbicaraan mempertimbangkan semua keterangan yang dikemukakan dan memutuskan sama ada pendakwaan membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah.

“Selepas menjalankan penilaian maksimum semua keterangan oleh tertuduh dan pihak pendakwaan pada akhir perbicaraan, mahkamah mendapati tertuduh gagal untuk menyangkal anggapan rasuah mengikut Seksyen 50 (1) Akta SPRM.

“Pembelaan tertuduh adalah penafian kosong semata-mata yang dibuat tanpa bukti yang boleh dipercayai dan tidak berasas untuk menimbulkan keraguan yang munasabah.

“Tertuduh dengan itu didapati bersalah terhadap semua tuduhan mengikut Seksyen 16 (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta terhadap Rosmah selepas didapati bersalah atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: