Gaya Hidup

Telefon Pintar Serba Boleh Yang Kurang Daripada RM900 – Apa yang boleh anda nantikan?

Kami faham – anda keliru. Pilihan telefon pintar di luar sana sangatlah banyak – dari peranti mercu hingga model peringkat kemasukan – mana yang harus anda dapatkan? Apabila tiba masanya untuk membeli sebuah telefon pintar, penting untuk anda bertanya kepada diri sendiri: Apa yang paling penting bagi anda? Adakah ianya sistem kamera, ketahanan atau prestasi sesebuah peranti? Dengan kemajuan teknologi yang pesat pada zaman ini, bagaimana jika kami memberitahu anda bukan ada satu, tetapi dua peranti Samsung Galaxy yang dapat memenuhi keperluan anda dan mempunyai harga tidak melebihi RM900?

Galaxy A13 dan Galaxy A23. Direka untuk memenuhi gaya hidup yang sibuk, peranti ini boleh menyokong aktiviti harian anda sehingga dua hari 1 dengan bateri 5,000mAh. Sama ada untuk berhibur atau bekerja, Galaxy A13 dan Galaxy A23 juga dilengkapi dengan pemproses Octa-Core (Exynos 850 untuk Galaxy A13 dan Snapdragon 680 untuk Galaxy A23) sehingga 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Ini juga boleh ditingkatkan sehingga 1TB dengan kad microSD 3 – memberikannya lebih kuasa untuk memacu rutin dan hobi anda. Di samping itu, peranti ini juga menawarkan paparan FHD 6.6-inci 4 yang mengasyikkan dan terang yang membolehkan anda bermain permainan di telefon dan menonton rancangan TV kegemaran anda dengan lebih tumpuan. Kadar penyegaran 90Hz juga memberikan anda pengalaman tontonan yang lancar.

Jika anda memilih untuk berbelanja lebih, pilihlah Galaxy A23! Sama seperti Galaxy A13, ia dilengkapi dengan sistem kamera quad. Walau bagaimanapun, peranti ini lebih istimewa kerana kamera utama 50MP Galaxy A23 dipadankan dengan ciri penstabilan imej optik (OIS). Bagi mereka yang meminati fotografi dan videografi, inilah peranti yang paling sesuai untuk anda. Ia
juga menyokong pengecasan pantas 25W 5 – sempurna untuk hari-hari yang anda kesuntukan masa.


Sehingga 30 September, nikmati rebat sebanyak RM50 atau RM100 apabila anda membuat membeli Galaxy A13 (RRP RM799) atau Galaxy A23 (RRP RM999) 6 . Jadi, jangan lepaskan peluang ini dan dapatkan peranti idaman anda dalam rona-rona bergaya seperti: Awesome Peach, Awesome Blue, Awesome Black atau Awesome White (Galaxy A23 sahaja).

Selain itu, anda juga boleh berjimat dengan lebih apabila anda menukar-beli peranti lama anda:

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A13 dan Galaxy A23, sila layari:
– Galaxy A13: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a13-
orange-128gb-sm-a135fzojxme/ 

– Galaxy A23: https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a23-light-
blue-128gb-sm-a235flbhxme/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: