Petaling Jaya – Pizza Hut Malaysia melancarkan pizza sepanjang satu meter sempena hari Kebangsaan ke – 65 dan Hari Malaysia. Gabungan 3 menu dalam satu kotak pizza terpanjang itu adalah sebagai meraikan kemeriahan hari bersejarah negara bagi semua rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia, Emily Chong berkata, Pizza terpanjang yang diberi nama The Loooooooooooong Party Box itu akan mula dijual pada 31 Ogos sehingga 11 September 2022 pada harga RM99 sahaja dan tambahan RM10 untuk minuman.

“The Loooooooooooong Party Box pizza ini adalah satu inovasi baharu untuk seluruh rakyat Malaysia meraikan cuti sempena hari bersejarah ini bersama keluarga dan rakan-rakan.
“Pelanggan boleh memilih 3 jenis menu kegemaran dan ianya boleh dinikmati sehingga 10 orang” katanya.

Ditanya mengenai hasrat untuk mengabadikan pizza terpanjang dalam senarai ‘Malaysia Book of Record’, beliau menyambut baik cadangan itu dan akan menjadikan ia satu realiti selepas ini.
The Loooooooooooong Party Box pizza iniboleh dinikmati di mana-mana restoran Pizza Hut berhampiran dan juga ditempah melalui pesanan online.