Terkini

Agong ucap terima kasih kepada Najib luluskan pembinaan masjid

Jengka – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah merakamkan penghargaan buat jasa Datuk Seri Najib Razak yang meluluskan pembinaan masjid baharu di Bandar Tun Abdul Razak, Jengka.

Bertitah ketika merasmikan masjid berkenaan, Yang di-Pertuan Agong merakam ucapan terima kasih buat Ahli Parlimen Pekan itu yang kini sedang menjalani hukuman penjara.

“Saya mesti menyatakan di sini ucapan terima kasih kepada mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di atas kelulusan dan terbinanya masjid ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika Majlis Perasmian Masjid Baharu Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Maran, Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-63 Sultan Pahang.

Turut berangkat Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan kerabat diraja Pahang serta barisan kepimpinan kerajaan negeri diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Pada majlis berkenaan, Seri Paduka yang juga Sultan Pahang berkenaan merasmikan dan memasyurkan masjid berkenaan dengan nama Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam titahnya, baginda mengingatkan supaya masjid tidak dijadikan sebagai tempat untuk mencerca sesama umat, bertelingkah dan gelanggang politik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: