Gaya Hidup

Setel kini membolehkan anda isi minyak dengan lebih pantas melalui “One-Tap Fuelling”

KualaLumpur – Setel hari ini mula memperkenalkan sebuah ciri baharu, dinamakan sebagai “One-Tap Fuelling”. Melaluinya, Setel ingin mempercepatkan proses mengaktifkan dan melakukan pembayaran untuk pengisian minyak dengan sepantas hanya satu tap atau satu ketik sahaja.

Dengan langkah ini, pengguna perlu melakukan tetapan berapa banyak yang mereka ingin isi, dan ia akan secara automatik digunakan untuk isian minyak akan datang.

Pada halaman utama Setel pula, sebaik sahaja pengguna membukanya, ia akan memaparkan pilihan nombor pam, dimana pengguna perlu hanya pilih, dan menunggu ia diaktifkan sebelum mula mengisi minyak dalam kenderaan.

Dengan langkah ini, Setel mempercepatkan lagi proses untuk mengisi minyak berbanding sebelum ini.

Ciri baharu ini ditawarkan secara berperingkat kepada semua pengguna. Kemaskini aplikasi Setel kepada versi terbaru, dan nikmati ciri baharu ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: