Terkini

MySejahtera akan tambah ciri Ikrar Derma Organ bermula minggu hadapan

Kuala Lumpur – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kini berkongsi sebuah ciri baharu yang bakal diperkenalkan pada aplikasi MySejahtera, iaitu pendaftaran ikrar derma organ terus melaluinya.

MySejahtera akan mengatasi beberapa masalah sebelum ini dalam pengurusan, termasuk pangkalan data yang tidak teratur sebelum ini berkenaan mereka yang mendaftar untuk derma organ.

Melalui MySejahtera kelak, sebuah ikon khusus akan disediakan untuk Ikrar Derma Organ, dan seterusnya pengguna boleh melakukan pendaftaran menggunakannya. Sebuah kad khusus juga akan dipaparkan pada bahagian profil.

Langkah ini juga dilihat sebahagian daripada langkah dalam menjadikan MySejahtera sebagai salah satu hab kesihatan untuk pengguna. Sebelum ini, beberapa ciri turut telah diumumkan, termasuk untuk rekod kesihatan, vaksinasi dan juga buku pink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: