Kuala Lumpur – Pengarah Pembangunan Pakej Tourism Malaysia, YBrs. Encik Shahrin Mokthar, merasmikan pengumuman penganjuran Festival Kebaya yang pertama dan terbesar di Malaysia –
Karnival Kebaya Malaysia 2022, sebuah acara kebudayaan yang mengagumkan dan bercirikan warna-warna dan tradisi di Malaysia untuk semua.
Disokong oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia), festival ini mengiktiraf setiap usaha dan sumbangan untuk
pemeliharaan dan pendidikan mengenai pelancongan, budaya dan warisan di Malaysia melalui fesyen tradisi oleh Miss Malaysia Kebaya (MMK) – salah satu nama penting dalam industri fesyen. Tambahan pula, ia selari dengan kempen “Malaysia Truly Asia” yang menyasarkan untuk merakam dan mendefinasikan sumber keunikan kepelbagaian kaum dan budaya di negara ini, menjadikan Malaysia sebuah destinasi pelancongan yang menakjubkan; kaya dengan kebudayaan dan warisan dari setiap lapisan masyarakat.

Bagi pihak kerajaan, Adam Ham berkata, “Hanya segelintir acara seumpama ini dianjurkan di Malaysia, ianya mampu menarik pelancong dari dalam dan luar negara yang berkunjung ke ibu kota di mana mereka dapat mempelajari tentang tradisi, warisan dan budaya. MMK menganjurkan Kebaya Karnival Malaysia 2022 sebagai contoh bagaimana kita dapat memelihara dan mendidik masyarakat tentang asal usul kita.
“Kami turut berasa gembira untuk menyokong perjalanan mereka memaparkan budaya, warisan dan pelancongan Malaysia kepada generasi akan datang” katanya.
Malaysia dikenali dengan kepelbagaian etnik dan budayanya, lantas terdapat pelbagai pilihan busana
tradisional. Dengan arus kemodenan yang pantas, pemodenan aspek tradisional di Malaysia tidak dapat dielakkan, termasuklah busana seperti baju kebaya moden dan baju kurung moden yang mudah didapati di pasaran berbanding dengan busana yang asli.
Penganjur MMK, Dr. Jason Hee berkata, “Dalam era masa kini, kami memberi perhatian akan arus pemodenan termasuk aset-aset warisan kita. Walaupun kami terima dan sokong perubahan ini, kami juga ingin mengingatkan dan mendidik semula masyarakat tentang keunikan tradisi Malaysia, terutamanya busana tradisional. Saya berharap festival ini bukan sekadar festival fesyen, tetapi menjadi festival yang meraikan warisan dan budaya, seterusnya memberi impak yang berpanjangan kepada para pengunjung.”

Para pengunjung dapat menjangkakan pengalaman kebudayaan 6 dalam1 yang padat selama 2 hari dalam bulan Oktober ini yang menampilkan bengkel, forum, pertunjukan kepelbagaian kebaya, dan pertandingan ratu cantik sebagai aktiviti untuk para pengunjung. Bukan itu sahaja, MMK akan bekerjasama dengan pereka-pereka dari industri fesyen dan institusi pendidikan yang telah berjaya mewujudkan platform yang memberi inspirasi dan galakan kepada bakal pereka di negara ini.
MOTAC dan Tourism Malaysia bersama MMK teruja untuk berkongsi tentang budaya dan warisan Malaysia kepada dunia dan berharap festival ini akan menggalakkan lebih ramai orang tempatan dan luar negara untuk mengunjungi Malaysia dan mengalami sendiri kebudayaannya.