Terkini

Juruterbang helikopter hilang ditemui selamat

BIDOR: Juruterbang sebuah helikopter yang terputus hubungan dengan menara kawalan semalam, ditemui selamat sekitar Bidor pada jam 8.20 pagi Isnin (12 Sep).

Menteri Pengangkutan Malaysia, Wee Ka Siong berkata bahawa pasukan penyelamat sedang berusaha membawa keluar juruterbang itu ke Hospital Ipoh untuk menerima rawatan, dipetik daripada laporan Bernama.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang juruterbang bersama helikopter yang hilang diteruskan dengan membabitkan dua sektor iaitu di kawasan Hutan Simpan Chikus dan Kampung Kenangan, Jalan Bidor-Teluk Intan dekat sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata bahawa SAR dijalankan di kawasan dalam lima kilometer radius dari lokasi terakhir helikopter mangsa dikesan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC).

Helikopter yang dikendalikan seorang juruterbang dipercayai bukan warga Malaysia berlepas dari Subang pada jam 11.37 pagi dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di Ipoh pada jam 12.37 tengah hari, lapor Bernama.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: