Terkini

AirAsia kembali beroperasi di Terminal 4 Changi

SINGAPURA – AirAsia Aviation Group Limited (AAAGL), kumpulan syarikat penerbangan di bawah Capital A meraikan penyambungan semula operasi penerbangannya ke Singapura di Terminal 4 (T4) Lapangan Terbang Changi yang serba canggih bermula hari ini. 

Penerbangan pertama AirAsia mendarat di T4 pagi ini dari Kuala Lumpur pada jam 8:30 pagi (nombor penerbangan AK703) menggunakan pesawat Airbus A330 berbadan lebar dengan faktor muatan penuh 100%. Penerbangan pergi balik pula (nombor penerbangan AK702) berlepas dari T4 ke Kuala Lumpur pada jam 9:10 pagi.

Sebagai sebuah kumpulan syarikat penerbangan asing terbesar mengikut kapasiti di Singapura, AirAsia menyumbang lebih daripada satu daripada lapan jumlah penumpang di terminal Lapangan Terbang Changi. Sebelum pandemik, AirAsia menyumbang 51% daripada keseluruhan kapasiti tempat duduk T4. Perkhidmatan penerbangan ke T4 ini akan memberi peluang kepada AirAsia untuk menambah lebih banyak kekerapan bagi memenuhi permintaan yang kukuh serta membolehkannya untuk kembali pulih sepenuhnya ke tahap kekerapan pra Covid-19 pada masa hadapan. 

Penerbangan ke dan dari Singapura dikendalikan oleh empat syarikat penerbangan di bawah kumpulan itu; AirAsia Malaysia (AK), AirAsia Indonesia (QZ), AirAsia Thailand (FD) dan AirAsia Filipina (Z2), menghubungkan 168 penerbangan setiap minggu ke 12 destinasi di seluruh Asean. Kekerapan mingguan pada masa ini adalah kira-kira 60% daripada operasi syarikat penerbangan itu di T4 sebelum pandemik dan ia merancang untuk mengembalikan sehingga 96% kekerapan sebelum pandemik menjelang akhir tahun ini.

Sempena meraikan penyambungan semula perkhidmatan penerbangannya di T4, AirAsia menawarkan penerbangan dari Singapura daripada hanya SGD1* ke pelbagai destinasi popular termasuk Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Langkawi, Miri, Bangkok dan Phuket. Para tetamu juga boleh terbang melalui Kuala Lumpur dan Bangkok untuk menyambung perjalanan mereka ke destinasi yang menarik seperti Nha Trang, Kuala Terengganu, Chiang Mai, Trichy dan banyak lagi dengan tambang asas bermula daripada SGD38*. Promosi masa terhad** ini tersedia untuk tempahan sekarang di airasia Super App atau laman web.

Penyambungan semula perkhidmatan di T4 ini diumumkan pada sidang media di Lapangan Terbang Changi pada hari ini oleh Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A dan Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL bersama-sama Logan Velaitham, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Singapura; Riad Asmat, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia; Veranita Yosephine Sinaga, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia; Ricky Isla, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Filipina; Santisuk Klongchaiya, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Thailand; dan Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia.

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A berkata: “Kami amat teruja untuk kembali terbang ke T4. Sebagai hab ketiga terbesar kami, Singapura merupakan pasaran penting bagi kami. Bermula hanya dengan dua penerbangan harian pada tahun 2008, kami telah meningkatkan perkhidmatan dengan ketara kepada 281 penerbangan mingguan sebelum pandemik untuk memenuhi permintaan tinggi bagi perjalanan udara berpatutan di rantau ini.

“Kami berbangga kerana telah menyumbang kepada pertumbuhan industri ini di samping memainkan peranan penting dalam menjadikan laluan Kuala Lumpur-Singapura antara yang paling sibuk di dunia.

“Pada masa ini, kami mengendalikan 168 penerbangan setiap minggu ke 12 destinasi di seluruh Asean iaitu kira-kira 60% daripada kekerapan pra-pandemik kami. Menjelang akhir tahun ini, kami berharap akan mencapai kekerapan hampir 100% dan menggunakan lebih banyak pesawat berbadan lebar jenis A330 yang lebih besar.

“Semestinya kami teruja untuk kembali terbang ke T4 kerana kami juga telah mengambil bahagian secara aktif dalam perundingan dan perkongsian idea dalam reka bentuk dan fungsi terminal ini. Pendigitalan pengalaman perjalanan di lapangan terbang juga kini amat penting, selari dengan operasi dan model syarikat penerbangan kami yang memberi tumpuan pada inovasi dan kecekapan.

“Dengan permintaan kukuh terhadap perjalanan antarabangsa, tiada sekatan perjalanan ke Singapura dan operasi semula di T4, kami percaya jumlah penumpang akan kembali seperti sebelum pandemik selain menyaksikan pertumbuhan kukuh dalam operasi kargo dan logistik di rantau ini. Rangkaian luas kami yang merangkumi Asia Tenggara dan Asia Pasifik dan mata wang Singapura yang kukuh, juga dijangka akan memacu permintaan perjalanan ke Malaysia, Thailand, Filipina, Indonesia, India dan di seluruh rantau ini – terutamanya dengan jualan tiket penerbangan kami pada 1 SGD pada hari ini!”

 Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AAAGL berkata: “Kami berbesar hati untuk kembali ke T4. Terminal pertama di Lapangan Terbang Changi dengan sistem FAST yang lancar dengan kecekapan yang dipertingkatkan ini sejajar dengan usaha kami untuk mengekalkan struktur kos rendah dan visi kami untuk menyediakan perjalanan tanpa sentuhan dan lancar. Ini juga bermakna kami boleh memberikan penjimatan kepada para tetamu dan menjana lebih banyak penumpang kepada Changi. Pada tahun 2019, kami membawa 4.5 juta tetamu dan mengendalikan 12 pesawat ke/dari Singapura dan kami berharap untuk terus mengembangkan perkhidmatan kami kembali ke tahap itu atau lebih pada masa hadapan.

 “Kami menjangka prestasi perniagaan penerbangan kami akan terus bertambah baik merentas semua bahagian utama dalam tempoh terdekat berikutan pembukaan sempadan dunia dengan sekatan minimum. Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan CAG bagi mencapai tahap sebelum pandemik di laluan teras kami yang dijangka menjelang atau sebelum suku kedua tahun 2023.”

 Dari Singapura, AirAsia Malaysia kini mengendalikan 106 penerbangan mingguan (meningkat kepada 120 dari 22 September) ke tujuh laluan, manakala AirAsia Indonesia mengendalikan 34 penerbangan mingguan ke dua laluan, AirAsia Thailand mengendalikan 24 penerbangan mingguan ke dua laluan, dan AirAsia Filipina mengendalikan empat penerbangan mingguan ke satu laluan. Perkhidmatan ini akan terus meningkat ke/dari Singapura selaras dengan permintaan kukuh.

*Promosi SGD1 dan SGD38 hanya untuk tambang asas sahaja. Tidak termasuk cukai lapangan terbang dan surcaj lain daripada SGD55 sehala. Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Promosi masa terhad tersedia untuk tempahan mulai hari ini hingga 17 September 2022 untuk tempoh perjalanan segera antara 16 September 2022 hingga 28 Oktober 2023.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: