Gaya Hidup

Hanya tinggal dua hari sahaja untuk menempah 5 Juta Tempat Duduk PERCUMA* AirAsia sebelum terlambat!

SEPANG – Hanya dua hari sahaja lagi untuk anda menempah Tempat Duduk PERCUMA* yang telah dilancarkan pada hari Isnin lalu. Sejak ia dilancarkan, tempahan ke destinasi kegemaran semua di seluruh rantau ini telah ditempah dalam masa yang singkat. 

Dalam masa empat hari sahaja, berjuta-juta tempahan telah dibuat di airasia Super App dan laman web untuk mendapatkan tawaran lebih nilai di mana mereka boleh terbang secara PERCUMA* dan hanya membayar cukai lapangan terbang dan caj lain yang berkenaan.

Penerbangan ke destinasi domestik di Malaysia bermula daripada RM23 (termasuk cukai dan caj berkenaan), manakala penerbangan ke destinasi Asean boleh ditempah daripada RM54. 

Sempena meraikan jualan hebat ini, AirAsia turut teruja untuk mengumumkan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan ke beberapa laluan dengan permintaan tinggi! Destinasi popular seperti Tokyo, Sapporo (melalui AirAsia X) dan Fukuoka (melalui Thai AirAsia X) juga kembali tersedia untuk tempahan berikutan pengumuman oleh kerajaan Jepun mengenai kelonggaran sekatan perjalanan ke Jepun bermula 11 Oktober tahun ini di mana pengembara individu boleh melancong tanpa visa atau lawatan berkumpulan. Nikmatilah ketenangan di Onsen Jepun dengan penerbangan bermula daripada RM599 untuk tempat duduk ekonomi atau daripada RM2,599 untuk Premium Flatbed. AirAsia X juga akan menyambung semula penerbangan popular ke Jeddah pada bulan November tahun ini dengan penerbangan bermula daripada RM1,799 untuk tempat duduk ekonomi dan daripada RM2,999 untuk Premium Flatbed.

Bukan itu sahaja! Kami ada berita menarik untuk warga Pulau Pinang – anda kini boleh terbang terus ke Bali bermula RM159 untuk perjalanan antara 20 Oktober 2022 dan 25 Mac 2023. Tempat duduk kini tersedia untuk ditempah

Karen Chan, Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia berkata: “Ini adalah minggu yang luar biasa dan sekali lagi kami terus mengatasi diri kami! Jualan ini telah menjana jualan harian terbaik kami sejak bermulanya pandemik COVID, dan kami terus berusaha untuk melepasi sasaran kami. Kini kami kembali dengan semangat yang lebih kuat!

“Ramai yang memasang impian untuk terbang ke destinasi kegemaran mereka. Kami bukan sahaja merealisasikannya sejak 20 tahun lalu, kami juga menjadikan perjalanan udara berpatutan! Dengan berbaki hanya dua hari sahaja lagi, kami menggalakkan semua orang untuk menempah tempat duduk PERCUMA* ini untuk terbang bersama-sama kami.”

Sempena jualan hebat ini dan sebagai sebahagian daripada sambutan hari lahirnya yang ke-21 akan datang, AirAsia akan memberikan pelbagai tawaran menarik kepada semua orang dari 24 hingga 25 September 2022! Kunjungi The Starhill, Kuala Lumpur pada hujung minggu ini dan temui Allstars kami untuk mengambil bahagian dalam aktiviti menyeronokkan.

Kami juga akan menawarkan barangan berjenama AirAsia dan makanan PERCUMA! Nikmati Nasi Lemak On-The-Go dan aiskrim Nasi Lemak Pak Nasser oleh Santan airasia serta popcorn dan gula-gula kapas untuk semua.

Selain itu, tonton persembahan menghiburkan oleh kru kabin AirAsia dan jangan lepaskan peluang menyertai The AirAsia Big Sale Treasure Hunt, di mana anda akan berpeluang memenangi penerbangan ke beberapa destinasi menarik.

Promosi Tempat Duduk PERCUMA* ini tersedia secara eksklusif di aplikasi airasia Super App dan laman web sehingga 25 September 2022 untuk tempoh perjalanan antara 1 Januari 2023 dan 28 Oktober 2023. 

Untuk maklumat terkini mengenai penerbangan, pelancongan dan gaya hidupi, ikuti @flyairasia di Instagram/Facebook atau @airasia di Wechat/Weibo. Untuk pengalaman yang lebih lancar dan dipertingkatkan, muat turun aplikasi airasia Super App di Apple App Store, Google Play Store, atau Huawei App Gallery.

*Tambang termasuk semua daripada RM23 untuk penerbangan domestik

*Tambang termasuk semua daripada RM54 untuk penerbangan di rantau Asean (Termasuk cukai lapangan terbang, caj MAVCOM, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan)

*Tertakluk kepada terma dan syarat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: