Kuala Lumpur – Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS) melancarkan koperasi Muafakat Ayahanda Malaysia Berhad (KOPMAM) bertujuan menjana ekonomi ahli dan pertubuhannya.
Presiden PERMAS, Datuk Ismail Awang berkata dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu pada masa kini, pertubuhan perlu memikirkan satu langkah progresif kearah membantu setiap ahli berhadapan cabaran ini.
“Ayahnada perlu bergerak mencari dana untuk pembangunan dan terutama ekonomi yang lebih baik bagi orang-orang melayu.
“Jika kita tidak bergerak melalui koperasi, saya rasa kita tak nampak jalan yang lebih luas untuk menjana ekonomi”
“Yang penting sekarang kita perlu gerak kerja yang lebih kedepan” katanya.

Majlis makan malam sempena 10 tahun penubuhan PERMAS turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Haji Noh bin Omar yang juga turut bersetuju dengan pelancaran KOPMAM.
Dalam majlis tersebut, Noh Omar turut mengumumkan dana sebanyak RM 30,000 sebagai permulaan kepada KOPMAM untuk memulakan operasi.