Politik

Larangan ahli Parlimen tukar parti berkuat kuasa mulai 5 Oktober

Kuala Lumpur – Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti akan dikuatkuasakan mulai esok, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen Dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata akta berkenaan telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pada 31 Ogos dan diwartakan sebagai Akta A1663 pada 6 September lepas.

“Yang di-Pertuan Agong juga telah perkenan tarikh kuat kuasa Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 pada 5 Oktober 2022 selaras dengan Seksyen 1(2) dan Seksyen 1(3) Akta A1663.

“Akta ini juga telah digazet pelaksanaannya baru sekejap tadi. Jadi saya janji sampai di hadapan saudara-saudara…saya janji dan janji saya, saya telah tepati,” katanya pada sidang media di Bangunan Parlimen hari ini. 

Sebelum ini, akta tersebut diluluskan di Dewan Rakyat pada 28 Julai dengan majoriti sokongan 209 Ahli Parlimen dengan 11 lagi Ahli Parlimen tidak hadir, manakala Dewan Negara meluluskannya pada 9 Ogos lepas, dengan sokongan 52 senator manakala tujuh lagi senator tidak hadir.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: