Politik

Gaji Perdana Menteri dan menteri mesti dikurangkan – Anwar Ibrahim

DATUK Seri Anwar Ibrahim berjanji jika Pakatan Harapan (PH) menang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) dan beliau dilantik menjadi Perdana Menteri, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah memotong gaji dan elaun Perdana Menteri.

Pengerusi PH yang juga Presiden PKR itu turut berjanji akan mengurangkan bilangan Jemaah Menteri serta gaji dan elaun mereka pada kadar jauh lebih rendah daripada gaji yang diterima menteri-menteri sekarang ini.

Menurutnya, PH akan mengubah supaya pemimpin-pemimpin tidak lagi menggunakan kuasa untuk memperkayakan diri mereka.

“Saudara bagi mandat kepada saya..saya ucapkan terima kasih, tetapi saya nak beritahu kalau mahu Anwar menjadi Perdana Menteri, jumlah Jemaah Menteri mesti dikurangkan.

“Gaji Perdana Menteri dan menteri-menteri mesti dikurangkan jauh lebih rendah daripada sekarang,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Nasional di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh malam tadi.

Anwar yang turut mengesahkan akan bertanding di Parlimen Tambun, berkata perubahan mesti dimulakan daripada atas sepertimana pepatah Cina, rosak ikan daripada kepalanya.

“Negara ini rosak dengan kepala-kepalanya (pemimpin politik) sebab itu kita harus mula dari atas. Saudara beri mandat saya ucapkan terima kasih, tetapi mandat kepada Anwar itu mandat dari rakyat dan saya mesti buktikan pemimpin mesti pegang amanah membela nasib rakyat.

“Mesti kemukakan contoh yang terbaik..rakyat hidup susah, derita dengan upaya rendah, kemudahan anak-anak tak terkawal, kesihatan ibu bapa tak terurus.

“Maka biar saya beri jaminan di sini, kalau diizin Allah SWT… 20 November ini saya dinobatkan sebagai Perdana Menteri, yang pertama saya lakukan potong gaji dan elaun Perdana Menteri itu sendiri,” janjinya.

Beliau berkata, bagi gaji dan elaun menteri-menteri Kabinetnya pula akan dirundingkan kemudian.

“Tetapi untuk Perdana Menteri saya nak beritahu, kalau keadaan ekonomi seperti sekarang ini saya tak sanggup ambil gaji sebagai Perdana Menteri,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: