Terkini

Selebriti YouTube Israel guna pasport negara lain masuk Malaysia

Kuala Lumpur – Ketua Pengarah Imigresen Khairul Dzaimee Daud mengesahkan warga Israel Nas Daily memasuki Malaysia menggunakan pasport dari negara Saint Kitts and Nevis pada 16 Oktober lepas.

Beliau berkata Nas Daily atau nama sebenarnya Nuseir Yassin mempunyai dua kerakyatan iaitu Israel dan Saint Kitts and Nevis, iaitu sebuah negara dari kepulauan Caribbean.

“Individu itu masuk dan keluar dari Malaysia menggunakan pasport yang sama (Saint Kitts and Nevis) dan difahamkan dia telah memasuki Singapura dengan menggunakan pasport Israel.

“Dia juga tidak mempunyai kesalahan di bawah peraturan Imigresen sebab kelulusan untuk masuk di bawah pas pelancong boleh diberikan semasa ketibaannya yang menggunakan pasport Saint Kitts and Nevis,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program 3P (penempatan, pekerjaan dan pendapatan) anjuran Jabatan Penjara Malaysia.

Program tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz yang turut dihadiri Ketua Pengarah Penjara Nordin Muhamad di Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Mantin. 

Dzaimee mengulas isu video yang tular di aplikasi TikTok berkenaan warga Israel itu yang teruja dapat memasuki negara ini.

“Sebenarnya, dia tidak menggunakan pasport Israel. Jika menggunakan pasport berkenaan sama sekali tidak dapat melepasi pintu masuk negara kita kerana diketahui Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel,” katanya.

Sementara itu, dalam Program 3P hari ini, Wan Ahmad berkata program tersebut dikhususkan kepada penghuni warga asing yang layak ditempatkan di PRP untuk bekerja.

Katanya, hasil diterima daripada pekerjaan tersebut akan digunakan bagi menampung keperluan harian warga asing terbabit dan seterusnya untuk penghantaran pulang ke negara asal.

“Program ini telah diadakan secara rintis bagi 16 penghuni warga Indonesia bermula pada Julai lepas. Penghuni warga asing yang kini berada di penjara adalah berjumlah hampir 12,000. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: