Politik

Amirudin dijangka lawan Azmin di Gombak

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Anwar Ibrahim, malam ini memberi bayangan untuk meletakkan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari sebagai calon bagi kerusi Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November ini.

“Itu kerja Amir (Amirudin) yang nak jaga Gombak. Kita akan hantar panglima utama Selangor untuk berdepan di Gombak, tapi ini bukan pengumuman rasmi, rasmi nanti Jumaat ini,” katanya ketika berucap pada Jelajah Mega Harapan Negeri Selangor, di Kuala Selangor, malam tadi.

“Saya dah bocor soalan, saya bincang dengan Amir (Amirudin), dia kata saya ini panglima, saya mampu insya Allah pertahankan (untuk PH),” kata presiden PKR itu.

Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali, yang juga menteri perdagangan antarabangsa dan industri, sebelum ini dilaporkan berhasrat mempertahankan kerusi tersebut pada PRU15.

Azmin menjadi ahli Parlimen Gombak selama tiga penggal, yang dimenanginya atas tiket PKR.

Sementara itu, Presiden Amanah Mohamad Sabu, ketika ditemui selepas program itu, berkata beliau dijangka mempertahankan kerusi Parlimen Kota Raja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: