Politik

Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding atas tiket PKR

Anak kepada bekas menteri besar Kelantan, Nik Omar Nik Abdul Aziz akan bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) di bawah tiket PKR.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Anwar Ibrahim pada sidang media berhubung “calon bertaraf tokoh” meliputi pelbagai bidang yang bakal diketengahkan PKR.

Bagaimanapun, Anwar tidak menjelaskan secara terperinci kerusi sama ada Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen yang bakal ditawarkan kepada anak bekas mursyidul am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Pada PRU14, Nik Omar yang mewakili PH tewas dalam pertembungan tiga penjuru antara BN dan PAS di kerusi DUN Chempaka selepas hanya memperoleh 2,418 undi.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah meninggalkan Amanah untuk menyertai PKR, Nik Omar bagaimanapun hanya jawab secara berkias.

“Yang penting kita dalam satu PH.

“Keberadaan di sini untuk komitmen tentang konsisten untuk bawa kerajaan yang berpaksi kepada keadilan,” katanya.

Selain Nik Omar, enam lagi calon yang dikemukakan PKR terdiri daripada mantan pegawai kanan perkhidmatan awam dan ahli akademik serta golongan muda iaitu Zainal Azman Abu Seman,  Hassan Basri Awang Mat Dahan, Nor Aishah Mydin Abdul Aziz, Saipol Yazan Yusop, Juftri Joha dan Fathin Amelina Fazlie.

Mereka akan bertanding di Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang dan Perlis.

Menurut Anwar, pengumuman rasmi calon PKR akan diumumkan pada Jumaat ini.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, “tokoh-tokoh” ini dikemukakan sebagai inisiatif parti untuk meletakkan calon yang mempunyai latar belakang profesional berbanding sekadar mencalonkan ahli politik sepenuh masa.

“Ini bukan pertaruhan semata-mata,” katanya. 

“Kita ikut permintaan pengundi yang inginkan muka baru dan terdiri daripada golongan profesional.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: