Sukan

IRONMAN Malaysia Kembali Selepas Dua Tahun Menyepi

Petaling Jaya : Saingan IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3 Langkawi yang ditunggu-tunggu bakal kembali menggegar bumi Pulau Langkawi, menyaksikan lebih 1,500 atlet triathlon telah pun mengesahkan penyertaan mereka dalam dua acara yang akan dipertandingkan pada 5 November.

Ini menjadikan IRONMAN Malaysia dan IRONMAN 70.3 Langkawi selaku antara acara antarabangsa yang membuat kemunculan semula di Langkawi selepas ditunda lebih dua tahun.

Penganjuran IRONMAN Malaysia kembali tepat pada masanya di ketika ramai rakyat Malaysia sedang mempertimbangkan destinasi percutian akhir tahun masing-masing. Ia bukan sahaja dapat mempromosikan acara ini, malahan memberikan kesempatan terbaik untuk merancakkan semula aktiviti pelancongan di pulau yang indah dan penuh bersejarah ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi Zainudin Kadir mengharapkan penganjuran IRONMAN Malaysia tahun ini akan berupaya menjana pendapatan sebanyak RM55 juta bagi pulau itu.

“Edisi IRONMAN MALAYSIA terdahulu sebelum pandemik telah berjaya menjana RM50 juta. Kami yakin angka tersebut dapat diatasi tahun ini dengan menyasarkan perolehan RM55 juta kali ini.

“Kami menjangkakan sekurang-kurangnya 30,000 hingga 40,000 orang akan berkunjung ke Langkawi bersempena acara ini. Ia pasti akan merangsang industri pelancongan tempatan secara menyeluruh dengan manfaatnya dirasai dari sektor hotel dan F&B (makanan dan minuman) sehinggalah pengangkutan. Kemunculan semula acara sukan berprestij seperti IRONMAN ke Langkawi memang tepat pada masanya memandangkan 90% daripada perolehan di pulau ini adalah bergantung pada pelancongan.”

Ahli Dato’ Alexander Isaac, Peratuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) berkata, komuniti IRONMAN sentiasa memberi sumbangan besar kepada ekonomi tempatan.

“Ekonomi tempatan menikmati manfaat yang cukup besar menerusi penganjuran acara ini. Ini kerana kebanyakkan daripada atlet yang datang bertanding akan tiba seawal seminggu sebelum perlumbaan untuk membuat persiapan dan biasanya akan melanjutkan persinggahan mereka untuk satu minggu lagi bagi bercuti bersama keluarga mereka sesudah tamat acara,” katanya. “Oleh itu, perbelanjaan tersebut akan mencetuskan tindak balas berantai dan sekaligus memberi manfaat kepada smua sektor akan mendapat manfaat sama ada secara langsung atau tidak langsung menerus.”

Laluan perlumbaan IRONMAN Malaysia akan berlepas dari Pantai Kok menyaksikan para peserta memulakan saingan dengan rutin berenang sejauh 3.8km atau 1.9km (mengikut kategori yang disertai), diikuti dengan larian pecutan 200m ke titik pertukaran pertama berhampiran hotel terkemuka Danna Langkawi.

Mereka kemudiannya menaiki basikal dan berkayuh menuju ke Jalan Teluk Yu dengan merentasi bukit-bukau Datai yang beralun sebelum meneruskan perjalanan ke selatan pulau.

Perlumbaan akan sampai ke kemuncaknya dengan para peserta melakukan larian di sepanjang laluan Pantai Cenang yang berpemandangan indah.

Pelangi Beach Resort & Spa merupakan destinasi terakhir di mana para atlet akan melintas garis penamat selepas mengerah segala kudrat mereka untuk melengkapkan perlumbaan yang begitu mencabar.

Mereka pasti tersenyum lebar untuk tiba ke garisan penamat di Pelangi Beach Resort & Spa kerana di situ juga terletaknya Expo dan tempat pengambilan ‘Race Pack’.

“IRONMAN Malaysia memiliki sejarah yang sememangnya hebat. Langkawi menawarkan para pesertanya laluan perlumbaan yang mencabar dan berpemandangan indah. Kami sudah menunggu sekian lama untuk kembali ke Langkawi, dan saya yakin atlet-atlet triathlon sudah tidak sabar untuk menguji kehebatan masing-masing di pulau yang indah ini,” kata Pengarah Urusan IRONMAN Asia Jeff Edwards.

Pengarah Rantau IRONMAN Asia CG Lim berkata acara ini bukan sahaja akan memberi penamat sempurna kepada tahun ini, tetapi memangkin ekonomi pelancongan tempatan.

“Ramai pengusaha tempatan telah menerima manfaat yang begitu memberangsangkan ketika kali terakhir kami menganjurkan perlumbaan di Langkawi pada 2019. Kami berbesar hati untuk dapat melangsungkan semula acara ini pada tahun ini dan diharap ia dapat merangsang ekonomi tempatan dari pelbagai aspek. Kami mengalu-alukan kedatangan semua atlet berserta ahli keluarga dan rakan-rakan mereka,” kata Lim.

IRONMAN Malaysia akan menawarkan sebanyak 55 slot kelayakkan ke Kejohanan Dunia VinFast IRONMAN 2023 di Kailua-Kona, Hawaii, selain 30 lagi tiket ke Kejohanan Dunia IRONMAN 70.3 VinFast 2023 di Lahti, Finalnd juga menjadi rebutan melalui perlumbaan IRONMAN 70.3 Langkawi.

Acara ini mendapat sokongan daripada rakan-rakan kongsi Premier dan Teknikalnya di Asia termasuk Active, Breitling 1884, Fulgaz, Qatar Airways, Roka, Santini, VinFast dan Wahoo.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.ironman.com/im-malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: