Politik Terkini

Isu pengampunan Najib bukan kuasa kerajaan, Umno – Ismail

Kerajaan dan Umno konsisten untuk tidak mencampuri urusan mahkamah melibatkan mana-mana individu di negara ini termasuk isu berkaitan pengampunan bekas perdana menteri Najib Razak yang dibangkitkan pihak tertentu.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata isu pengampunan seseorang yang telah disabitkan di mahkamah adalah terserah kepada semakan kehakiman dan Lembaga Pengampunan. 

“Isu pengampunan Najib, kuasa bukan kerajaan, bukan di tangan Umno, kita hormati apa sahaja keputusan mahkamah, ia terpulang kepada semakan kehakiman dan lembaga pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Angkasapuri Kota Media di Kuala Lumpur hari ini. 

Beliau yang juga naib presiden Umno berkata demikian ketika ditanya berkenaan kenyataan seorang penganalisis politik yang tular di Twitter, mendakwa Najib akan mendapat pengampunan penuh jika Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: