Kuala Lumpur – Bintang muzik rap Singapura Alyph atau nama sebenarnya Alif Abdullah , yang sebelum ini popular dengan lagu Skali lagi dan Adakah kau mendengar kini tampil dengan sebuah single baharu berjudul Swipe.
Menampilkan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), Alyph menafikan dirinya menumpang glamor figura itu dan menjelaskan mempunyai alasan tersendiri untuk menjalin kolaborasi bersama wanita yang selalu dikaitkan sebagai individu dahagakan publisiti terbabit.
“Memilih berduet dengan DSV adalah satu keputusan yang tepat bagi mewarnai muzik rap dan memberi nafas baru atau variety dalam lagu Swipe .
“Kalau buat kerja (muzik) dengan citarasa yang memikat, insya-Allah hasilnya akan diterima orang dengan baik,” katanya.

Alyph yang hadir dalam majlis pelancaran lagu Swipe di Dadi Cinema, Alyph turut menegaskan dunia sekarang berubah dan audiens serta peminat inginkan sesuatu yang mereka suka tonton atau lihat.
“Promosi lagu ini clean dan kemunculan DSV tidak menggunakan sebarang kontroversi untuk menarik audiens, bila lagu terbaik sedap didengar dan penghasilan video klip yang hebat secara automatik menghasilkan jutaan penonton di media” jelasnya lagi.
Muzik video (MV) rasmi Swipe yang menampilkan DSV, boleh ditonton menerusi YouTube bermula hari ini 28 Oktober 2022.
Difahamkan, DSV memberi kelainan dengan menyanyi rap dalam lagu tersebut dan lirik pendek dendangan adalah hasil improvisasi (adlibs) dirinya sendiri selain berbusana serba eksentrik dalam MV.