Sukan

Al-Ikhsan Sports lancar `World Football Festival 2022′

PUTRAJAYA – Syarikat barangan sukan terkenal, Al-Ikhsan Sports bersama Football Republic melancarkan kempen ‘World Football Festival 2022’ bagi meraikan penganjuran Piala Dunia 2022 di Qatar bulan ini.

Menerusi kempen itu, Al-Ikhsan Sports mengatur pelbagai acara serta barangan premium khas untuk dijadikan koleksi setiap pencinta bola sepak di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports, Vach Pillutla berkata, pihaknya amat teruja untuk memperkenalkan kempen World Football Festival 2022 yang dilancarkan buat 15 juta peminat tegar bola sepak negara ini.

“Objektif kami adalah untuk membawakan kegilaan bola sepak di Malaysia dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dengan aktiviti menarik untuk semua pelanggan yang berkunjung ke kedai kami,” katanya pada pelancaran kempen itu di pusat beli belah IOI City Mall.

Selain itu, Al-Ikhsan turut berkolaborasi dengan jenama antarabangsa, Adidas bagi siri jelajah ‘Adidas Official Match Ball Roadshow’ di lima lokasi pilihan di seluruh Semenanjung.

Sebanyak 14 lokasi tambahan turut dibuka bagi memenuhi permintaan peminat barangan sukan khususnya bola sepak termasuk di Melaka, Pulau Pinang, Johor Baharu dan Negeri Sembilan.

Antara yang menarik untuk festival kali ini, Al Ikhsan turut bekerjasama dengan Media Prima Audio yang mana rakan radio strategik bagi kempen berkenaan.

Beberapa siri jelajah bersama rangkaian radio popular negara itu bakal disertakan dengan pelbagai aktiviti seperti siaran luar secara langsung, penampilan penyampai radio stesen naungan rangkaian berkenaan dan permainan santai sudah diaturkan khas oleh dua nama gergasi dalam bidang masing-masing.

Penyokong bola sepak boleh memenangi jersi eksklusif secara ‘on air’ melalui Hot FM, Fly FM, Buletin FM dan Molek FM. Nantikan pengumuman mereka! 

Sehubungan dengan itu, sebagai sinonimnya dengan kempen ini, Al-Ikhsan Sports turut menganjurkan sebuah pertandingan “Media Futsal Match” yang membabitkan rakan-rakan media dan rakan-rakan pempengaruh pada 8 November 2022. Acara ini juga bertujuan untuk meraikan serta mengeratkan hubungan antara mereka yang tidak putus-putus memberi sokongan kepada Al-Ikhsan Sports selama ini. 

Al-Ikhsan Sports turut melancarkan akaun rasmi TikTok Al-Ikhsan Sports pada hari ini. Platform TikTok ini akan menyerikan lagi kehadiran digital dan media sosial Al-Ikhsan Sports. 

Para pelanggan dijemput untuk menyertai dan memeriahkan kempen “World Football Festival 2022” ini, dan sebarkan #footballmadness di seluruh platform digital. Dengan itu, kami ingin mengajak semua peminat setia kami untuk hadir ke cawangan dan lokasi jelajah untuk sebuah pengalaman #footballmadness yang unik bersama-sama Al-Ikhsan Sports dan Football Republic. Kami juga ingin menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai destinasi nombor satu untuk musim bola sepak melalui kempen ini dengan produk berlesen rasmi “World Cup Exclusive 2022” kami, tambah En Vach Pillutla. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: