Terkini

PRIHATIN bakal mewujudkan pusat lanjutan pelajar OKU

SUNGAI BULOH – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) komited meneruskan inisiatif membantu pelajar terdiri daripada golongan asnaf dan keluarga yang kurang berkemampuan (B40), dengan pemeriksaan mata serta pemberian cermin mata percuma menerusi kerjasama bersama Bolton Optical Group Sdn. Bhd sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia yang memanfaatkan kira-kira 869 pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali melahirkan rasa bangga melihat usaha sekolah ini dalam membantu anak-anak istimewa atau lebih dikenali sebagai pendidikan khas mendapatkan pendidikan yang sewajarnya dengan semangat jitu para guru.

“Saya dimaklumkan bahawa SK Sungai Buloh ini merupakan sekolah yang mempunyai pelajar Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang teramai di Selangor. Namun begitu, bantuan serta sumbangan yang diterima bagi melestarikan pembangunan PPKI di SK Sungai Buloh masih kurang dan ini amat mendukacitakan hati nurani saya. Selaku NGO yang bergiat aktif dalam memperjuangkan pendidikan di Malaysia, saya berasa terpanggil untuk menyeru syarikat korporat, agensi-agensi kerajaan dan NGO-NGO di seluruh pelusuk tanah air untuk turut serta menyumbang dalam pembangunan PPKI.”, katanya.

Jelasnya lagi, Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) turut terpanggil untuk cuba membantu dengan mengemukakan cadangan mewujudkan pusat lanjutan kepada golongan ini selepas tamat sekolah.

“Kalau kita tengok, mereka (berkeperluan khas) habis sekolah dan tak tahu hala tuju, itu tujuan kami cuba bangunkan pusat selepas alam persekolahan, mereka boleh sambung ke sini.

“Pusat ini mengumpulkan semua kategori pendidikan khas termasuk autisme, masalah pendengaran, penglihatan, orang kelainan upaya (OKU),” tambahnya.

Turut hadir, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Nori Tun Abdullah, bersama ibu bapa dan pelajar pendidikan khas SK Sungai Buloh.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: