Hiburan Terkini

Konsert NOAH gegar 2500 peminat, bakal beraksi lagi tahun hadapan

Kuala Lumpur – Kumpulan terkenal Indonesia, NOAH berjaya mengegearkan ruang pentas Zepp KL dan menghiburkan 2,500 peminat di Zepp KL pada malam Sabtu dengan lagu-lagu hits mereka ketika dikenali sebagai Peterpan antaranya Menghapus Jejakmu, Yang Terdalam, Bintang Di Surga dan Mungkin Nanti.

NOAH yang dianggotai oleh Ariel, David (keyboardist) dan Lukman (gitaris) itu melonjakkan adrenalin penonton dengan lagu pembuka, Separuh Aku.

Meskipun mempunyai masalah suara, namun ia bukan penghalang buat Ariel untuk tetap meneruskan nyanyian dan berinteraksi bersama peminat-peminatnya.

Persembahan selama 90 minit itu bermula apabila Ariel membuka tirai dengan lagu Separuh Aku yang menyebabkan ruang dewan serba moden berkenaan gamat. NOAH kemudian melabuhkan tirai konsert mereka dengan lagu Walau Habis Terang.

“Anda semua luar biasa. Kami tidak mampu menggambarkan rasa gembira apabila berpeluang kembali ke Malaysia selepas lima tahun,” katanya.

Sepanjang konsert yang berlangsung selama satu jam 15 minit itu, Noah mengubat kerinduan peminat dengan menyampaikan sebanyak 17 buah lagu.

Bagi Pengasas YOLO Asia, Ib Harun pula, pengunjung konsert malam tadi bukan sahaja menikmati halwa telinga dengan lagu-lagu NOAH, tetapi mereka turut diberi ‘led wrist-band’ yang bernyala mengikut tempo muzik ketika konsert berlangsung.

“Terima kasih terhadap kesemua pembeli tiket yang telah menonton ‘NOAH Live in KL’ dan merasai sendiri pengalaman berbeza seperti apa yang telah kami rancangkan. Semoga pengunjung konsert pada masa akan datang terus memberikan kepercayaan penuh terhadap YOLO Malaysia dimana kami menjanjikan aksi-aksi muzikal menakjubkan dan memukau pada setiap konsert,” kata Ib Harun.

Disebabkan sambutan memberangsangkan, YOLO Malaysia telah pun membuat perancangan untuk membawa NOAH sekali lagi pada tahun hadapan di ruangan yang lebih besar demi keselesaaan peminat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: