Terkini

LKE Komited Jalin Kerjasama Dengan Dking Tingkat Eksport Durian Berkualiti

Bentong – LKE Musang Q Sdn Bhd (LKE) mengorak langkah kehadapan sekali lagi dengan menjalin kerjasama perniagaan dalam pemasaran buah durian ke peringkat antarabangsa.

Kerjasama yang dijalin bersama syarikat permasaran Duricious Sdn Bhd atau lebih dikenali sebagai Dking merupakan algoritma terbaik dalam meningkatkan industri pengeksportan hasil tanaman sekaligus memacu ekonomi negara lebih positif.

Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan LKE Group Sdn Bhd, Jeremy Chin menjelaskan komitmen syarikatnya untuk memastikan permintaan bekalan buah durian dapat dipenuhi.

“LKE memilih untuk berkerjasama dengan Dking kerana kami tahu kepakaran mereka dalam pasaran antarabangsa.

“Ladang durian LKE kini memiliki 7 fasa, namun dengan permintaan yang tinggi bukan sahaja peringkat domestik namun antarabangsa juga, kita target untuk mencapai sehingga fasa 20” katanya.

Jeremy turut menambah, kerjasama dengan Dking ini secara tidak langsung dapat meningkatkan ekonomi negara sebagai pengeksport durian terbesar. Kerjasama ini merangkumi pembangunan jenama bagi kedua-dua belah pihak serta pembangunan dan penambahbaikan pengurusan pemasaran, pengedaran dan bekalan untuk memenuhi kehendak pasaran.

Dalam pada itu, Pengasas Duricious Sdn. Bhd, Simon Chin dan Leron Yee berkata bekalan durian ini akan dieksport ke 13 buah negara antaranya China, Jepun, Australia, Amerika Syarikat, Jerman dan sebagainya.

“LKE dalam peringkat upstream iaitu penanaman dan memastikan durian berbuah dengan kualiti terbaik, manakala kami di Dking di peringkat downstream pula untuk memasarkan dan mengeksport durian terbaik” jelas Simon Chin.

Leron Yee turut berkata, antara produk durian yang dieksport adalah buah durian yang telah melalui proses nitrogen (sejuk beku), durian ulas yang telah dipek dan produk makanan berasaskan durian seperti aiskrim, biskut, snek dan pelbagai lagi.

“Antara sebab kami memilih berkerjasama dengan LKE kerana mereka konsisten dalam menghasilkan durian yang berkualiti dan fokus dalam kepakaran penanaman” jelas Leron.

LKE juga mengambil pelbagai langkah untuk membina kredibiliti dan ketelusan dengan mewujudkan program Legasi Perkongsian Durian Patuh Syariah yang pertama di Malaysia.

Projek yang  kini memasuki fasa ke-7 dengan setiapnya mempunyai saiz yang berlainan dan kepelbagaian durian premium, ditawarkan kepada rakan kongsi setelah pokok dalam kawasan terbabit mencapai usia satu tahun atau lebih dan mempunyai infrastruktur yang secukupnya.

LKE sentiasa mencari cara untuk menambah baik masa depan projek kerana semua projek berkenaan memberi tumpuan terhadap kelestarian dan inovasi bidang tanaman.

Dengan termeterai perjanjian kerjasama ini, MQ dan DKing juga meletakkan matlamat besar mereka dalam membangunkan kawasan Manchis, yang terletak di Bentong, Pahang sebagai kawasan yang mampu menjadi tarikan dalam sektor agro-perniagaan, agro-pelancongan dan pembangunan sumber tanah .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: