Kuala Lumpur – Majlis Tindakan Pengguna Negara telah melancarkan program anugerah “Best Intelligent Figures” (BIF).
Menurut Dato Paduka Dr. Kevy KV Yeo, Presiden MTPN, Anugerah BIF ini merupakan suatu anugerah untuk memberi penghargaan kepada para usahawan kecil dan tokoh yang telah berusaha sehabis baik sepanjang kehidupan mereka.

Selain itu, setiap tokoh yang diberi anugerah itu dipilih dari pelbagai latar keusahawanan dan postiviti terhadap masyarakat.
Dalam ucapannya, beliau berharap agar lebih ramai lagi usahawan yang mementingkan keharmonian dan mengutamakan hak – hak pengguna sepanjang kerjaya untuk masyarakat, disamping menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mempengaruhi orang lain dan menjadi contoh dalam dunia perniagaan.

“Saya juga berharap agar anugerah ini berterusan mendapat sokongan yang hebat oleh masyarakat sehingga ke peringkat antarabangsa” katanya.
Pada malam anugerah itu, penyampaian anugerah diberikan kepada lebih 30 penerima.

Turut hadir, barisan anggota MTPN; Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan KSM, Abdul Razak Junaidi; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan Jabatan Perkhidmatan Awam Putrajaya, Muazam Mokhtar; dan Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Selangor, Nurul Azhar Husin.