Gaya Hidup

AirAsia X rasmi penyambungan semula laluan Kuala Lumpur-Taipei

SEPANG – AirAsia X (AAX) semalam meraikan penyambungan semula penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Taipei.

Penerbangan sulung itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada jam 6.00 petang dan mendarat di Taipei pada hari yang sama pada jam 10:50 malam. Para tetamu telah diraikan dengan pelbagai aktiviti menarik sebelum berlepas. Penerbangan pulang pula berlepas dari Taipei pada jam 12:05 pagi dan mendarat di Kuala Lumpur pada jam 4:50 pagi hari ini.

Taipei dari segi sejarah sentiasa menjadi salah satu laluan paling popular AAX dengan pelbagai tarikan budaya, juadah dan pelancongan. Pada tahun 2019, syarikat penerbangan itu membawa lebih daripada 530,000 tetamu ke/dari bandar tersebut. Penyambungan semula laluan itu diumumkan pada bulan lepas sejurus selepas Taipei membuka semula sempadannya kepada pelancong pada bulan Oktober buat kali pertama dalam tempoh lebih dua tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif AAX Benyamin Ismail berkata: “Kami terus melebarkan sayap ke Asia Timur sebagai kumpulan dengan penerbangan tiga kali seminggu ke Taipei, selepas melancarkan perkhidmatan ke Tokyo dan meningkatkan kekerapan penerbangan ke Seoul baru-baru ini. Selain itu, AirAsia Malaysia (AK) telah memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kaohsiung pada bulan lepas dan akan memulakan penerbangan dari Kota Kinabalu Ke Taipei pada bulan ini. AirAsia Filipina (Z2) juga akan mula terbang dari Manila ke Taipei tidak lama lagi.

“Ramai orang tidak dapat berjumpa dengan keluarga atau rakan-rakan yang berada di Taipei atau Malaysia selama lebih dua tahun berikutan sekatan perjalanan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19. Sebagai destinasi pelancongan popular, melawat rakan/keluarga dan laluan perniagaan, kami menjangka laluan ini akan merangsang sektor pelancongan di Malaysia dan Taipei. Kami berharap dapat terus bekerjasama dengan pemain industri untuk menjadikan laluan ini kembali popular. Kami juga berhasrat untuk meningkatkan perkhidmatan dalam masa terdekat memandangkan permintaan perjalanan semakin meningkat.”

Sempena meraikan penerbangan sulungnya, AAX menawarkan tambang termasuk semua bernilai hebat dari Kuala Lumpur ke Taipei daripada RM399 sehala untuk tempat duduk ekonomi dan RM1,499 sehala untuk Premium Flatbed. Tambang promosi ini juga tersedia untuk penerbangan dari Taipei daripada TWD3,090 sehala untuk tempat ekonomi dan TWD9,690 sehala untuk Premium Flatbed. 

Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur dan Taipei:

*Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tempoh tempahan dari sekarang hingga 4 Disember 2022 untuk tempoh perjalanan antara 1 Disember 2022 dan 15 Januari 2023.  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: