Terkini

Dermalene sasar buka lagi 43 cawangan menjelang 2030

Kuala Lumpur – Spa kulit, Dermalene kini mengorak langkah meluaskan empayarnya dengan membuka cawangan ketujuh di Sunway Giza, Damansara. Mendapat permintaan yang tinggi, pemilihan lokasi yang tepat dan mudah diakses menjadi pilihan cawangan baharu itu.

Dimiliki oleh Dr Alina Hasni, wanita cekal berkelulusan ijazah sarjana dalam Klinikal Dermatologi di Universiti Cardiff, United Kingdom (UK), beliau bermula dengan membina namanya di laman sosial seterusnya membuka spa pertama di Shah Alam.

Dermalene yang memberi tumpuan kepada spa kulit sesuai minat beliau dalam merawat penyakit jenis visual dan melihat proses penyembuhannya di hadapan mata.

“Saya terkesan dengan pengalaman semasa bertugas di sebuah klinik kesihatan kerajaan dahulu. Pesakit wanita ini menghidap penyakit kaki gajah. Hati saya terusik, andainya makcik itu datang lebih awal ke hospital, pasti penyakitnya tidak melarat dan dapat dikawal.

“Begitu juga penyakit kulit lain seperti ekzema atau alahan kulit yang teruk menyebabkan bukan sahaja penghidapnya tertekan tetapi kualiti hidup mereka turut terjejas,” ujarnya.

Dalam program perasmian cawangan baharu itu, beliau turut mengumumkan Dermalene kini berkerjasama dengan syarikat rawatan kulit terkemuka antarabangsa, Hydrafacial yang memberi rawatan kulit di tahap kualiti dan diyakini.

“Rawatan Hydrafacial ini sejajar dengan misi Dermalene untuk menghasilkan kulit yang sihat dan cantik, kami mahu bawa rawatan berteknologi dari negara luar ke Malaysia, disitu kami juga adalah sebuah hub penyelesaian masalah kulit secara inovatif” katanya.

“Untuk merawat masalah kulit, ia perlukan jangka yang berterusan dan sebagai ‘life skin partner‘, kami mahu menjadi pilihan untuk setiap orang mendapatkan rawatan bermula dari bayi sehingga dewasa.

“Kami juga merancang untuk membina one stop centre dimana ada pusat rawatan harian, klinik dermatologi, spa kulit dan sebagainya” jelasnya lagi.

Dr Alina turut menambah, antara perancangannya menjelang 2030 untuk membuka 43 lagi cawangan seluruh negara termasuk 15 buah klinik kulit dan seterusnya menjadi pelopor pembukaan Institut Kulit Negara.

“Saya ingin melihat rakyat Malaysia ada penyelesaian kepada masalah kulit dan sebagai kesedaran setiap masalah itu ada rawatannya, kerana kondisi kulit manusia adalah berbeza” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: