Gaya Hidup Terkini

Al-Ikhsan Sports tawar diskaun sehingga 80% di Jualan Harga Borong

Kelana Jaya – Bagi meraikan peminat sukan, Al-Ikhsan Sports dibawah Kumpulan Al-Ikhsan menawarkan Jualan Harga Borong bagi jenama sukan New balance dan Asics.

Festival jualan gudang ini berlangsung di The Paddock, Kelana Jaya bermula 12 Disember sehingga 18 Disember 2022 bagi meraikan peminat sukan.

Bagi peminat barangan sukan larian boleh datang membeli -belah dari jam 11 pagi hingga 11 malam.

Menariknya, kesemua barangan yang dijual adalah dengan tawaran menarik potongan sehingga 80 peratus. Pengunjung berpeluang memiliki pelbagai kasut larian reka bentuk terkini serendah RM59 sahaja.

Dirasmikan oleh Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports yang juga mengalu-alukan kedatangan peminat sukan untuk mendapatkan kasut yang berkualiti dengan reka bentuk terkini.

“Kami memahami setiap peminat sukan yang sentiasa inginkan koleksi kasut terbaik, jadi kami tawarkan jualan harga borong ini untuk memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan kasut yang disukai.

“Kami juga masih dalam perancangan untuk membuat satu lagi jualan akhir tahun pada bulan ini namun tarikh dan lokasi masih lagi dalam perbincangan, kami akan kemas kini setiap promosi di laman sosial rasmi Al Ikhsan” katanya kepada Malaysianews TV.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: