Terkini

Potongan cukai taksiran 30% bagi kediaman Putrajaya bawah RM300,000

Putrajaya – Semua kediaman berharga di bawah RM300,000 di Putrajaya akan diberikan potongan sebanyak 30% daripada jumlah cukai taksiran yang dikenakan.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata pengurangan cukai taksiran itu akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023 sehingga penilaian semula dilaksanakan oleh Perbadanan Putrajaya.

“Potongan sebanyak 30% ini diberikan kepada premis kediaman yang telah siap dibina pada tahun 2017 sehingga kini yang melibatkan hampir 8,500 unit kediaman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata beliau membuat keputusan itu berikutan rungutan dan pandangan penduduk Putrajaya bahawa cukai taksiran yang dikenakan ke atas premis kediaman mereka agak tinggi berbanding kawasan sekitarnya.

Menurut Anwar pengurangan itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan rakyat terutama golongan M40 dan B40 yang memiliki kediaman mampu milik di Putrajaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: