Gaya Hidup

Al-Ikhsan anjur karnival sukan terbesar, diskaun sehingga 80 peratus

KUALA LUMPUR – Al-Ikhsan Sports membawakan Karnival Sukan Terbesar
Malaysia di Dewan Tun Razak 3 & 4, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) dari 23 Disember 2022 hingga 2 Januari 2023, jam 10 pagi hingga 10 malam.

Karnival sukan kali ini memberi peluang kepada semua pelanggan Al-Ikhsan Sports untuk menikmati diskaun sehingga 80% untuk lebih daripada 180,000 barangan sukan yang pastinya akan menggayakan sambutan tahun baru mereka dengan lebih ‘sporty’ dan selesa.


Dalam menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports mengadakan diskaun ‘Beli 2, Diskaun 20%’ atau ‘Beli 3, Diskaun 30%’ untuk pakaian, serta menawarkan 37,000 pasang kasut dengan harga bawah RM100 dan pilihan kasut yang bernilai RM3.8 juta untuk semua sepanjang sebelas hari karnival sukan ini berlangsung.

Selain itu, 50 orang terawal yang hadir pada hari pelancaran berpeluang menerima baucer tunai RM50 daripada Al-Ikhsan Sports.


“Kami sentiasa memastikan pelanggan kami mendapatkan promosi dan tawaran yang terbaik ketika membeli-belah dengan Al-Ikhsan Sports.

Karnival Sukan Terbesar Malaysia oleh Al-Ikhsan Sports ini adalah karnival sukan terbesar yang pernah diadakan oleh mana-mana peruncit sukan lain di Malaysia. Inilah masanya untuk mencuci mata dengan pilihan barangan sukan daripada lima belas jenama di bawah satu bumbung di karnival sukan ini.

Peluang sebegini hanya boleh didapati di Al-Ikhsan Sports dengan tawaran lebih daripada 180,000 barangan sukan dengan diskaun sehingga 80%.” kata Encik Vach Piluttla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.


aL Sports, Nike, adidas dan PUMA adalah antara jenama-jenama barangan sukan yang terdapat di karnival sukan oleh Al-Ikhsan Sports pada tahun ini. Al-Ikhsan Sports menjadikan sukan mampu milik dan kini mempunyai 175 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Barangan Al-Ikhsan Sports juga boleh didapati melalui laman e-dagang rasmi di www.al-ikhsan.com.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: