Terkini

Peneraju Skil fokus program latihan industri, Tingkat kebolehpasaran pekerjaan

Kuala Lumpur – Sebagai sebuah agensi yang menyediakan peluang pembiayaan kepada Bumiputera untuk meningkatkan kemahiran, Yayasan Peneraju sentiasa meneliti peluang dalam meluaskan penawaran program-program dan kumpulan sasaran mereka. 

Kumpulan sasaran adalah lepasan sekolah, graduan baru, tenaga kerja muda dan pekerja mahir termasuk golongan yang tidak bekerja atau kehilangan pekerjaan. 

Pembiayaan yang ditawarkan adalah berbentuk penuh atau separa bergantung kepada program yang dimohon dengan kelayakan paling minimum adalah UPSR sahaja (syarat adalah berbeza bagi setiap program). Secara amnya, program-program Yayasan Peneraju adalah terbuka kepada mereka yang berumur 18 – 45 tahun. Bagi sesetengah program, penempatan pekerjaan disediakan untuk penerima faedah selepas tamat program (bergantung kepada prestasi semasa program). 

Seperti yang dinyatakan di dalam laman sesawang rasmi mereka, TIADA bayaran kemasukan/pendaftaran akan dikenakan kepada pemohon. 

Bagi sesetengah program, penempatan pekerjaan disediakan untuk penerima faedah selepas tamat program (bergantung kepada prestasi semasa program). 

Berikut adalah antara program-program pembiayaan yang ditawarkan: 

  1. Untuk Lepasan Sekolah yang berumur 18 – 25 tahun:
  • Boilerman
  •  Industrial Automation
  1. Untuk Lepasan SKM atau Pelajar tahun akhir Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berumur 18 – 25:
  • Professional CSWIP 6GC Welder
  •  Safety Health Officer

3) Untuk Siswazah iaitu Lepasan Diploma/Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang berumur 19 – 35 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke bawah:

  • Agriculture Drone Technology Program
  • AI Driven UAV Inspection Technology for Infrastructure and Asset
  • Automotive Industrial Certification Engineering – Digital Engineering Prototyping
  • Drone Technology
  • Electrical Machine Maintenance with IoT
  • Expert Craftsman in Automotive Hybrid Technology
  • Expert Craftsman in Machining Integrated Tooling Process
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Electrical / Electronic Engineering
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Mechatronic System
  • Expert Craftsman in Mechatronic – Pneumatics / Electropneumatics
  • Expert Craftsman Integrated Fixture Machining Process
  • Expert Craftsman Mechatronic – PLC Technology
  • Expert Mechatronic Integrated System (EMIS)
  • Grid Connected Photovoltaic (GCPV) Installation and Maintenance
  • Grid-connected Photovoltaic (GCPV) System Installation and Maintenance with Internet of Things (IoT)
  • Halal Technical Expert (HTEX)
  • Injection Moulding Machine Programming
  • Intelligent Sensors Technology and Monitoring
  • Multi Axis CNC Machine Process and Programming
  • Oil Palm Plantation Technology & Management
  • Safety & Health with Aerial Monitoring (SHOAM)
  • Siemens PLC Programming with IoT Integration
  • Solar PV Professional (Solar)
  • Professional Rolling Stock Maintenance

4) Bagi Individu Bekerja/Tidak Bekerja iaitu yang sedang bekerja/diberhentikan kerja yang berumur 21 – 45 tahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke atas:

  • CSWIP Blasting & Painting Senior Operator
  • BGAS CSWIP Painting Inspector Grade 2
  • Oil & Gas Talent Acceleration – Scaffolding Level 3
  • Welding Inspector Level 1 (CSWIP 3.0)
  • Welding Inspector Level 2 (CSWIP 3.1)
  •  Welding Inspector Level 3 (CSWIP 3.2)

Layari laman sesawang https://yayasanpeneraju.com.my/program/peneraju-skil/ atau ikuti laman media sosial Facebook, Twitter, Instagram dan LinkedIn @Yayasan Peneraju untuk permohonan dan maklumat lanjut. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: