Sukan

Al Ikhsan lancar pakaian kanak-kanak jenama Messi

Petaling Jaya – Pelbagai pakaian fesyen kanak-kanak berjenama Messi (bukan sukan) kini boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan, Football Republic dan melalui laman sesawangnya bermula hari ini.

Perkembangan ini hadir berikutan peruncit sukan pelbagai jenama #1 Malaysia, Al-Ikhsan Sports mendapat hak eksklusif untuk menjual koleksi pakaian fesyen kanak-kanak jenama milik pemenang Piala Dunia tersebut selama tiga tahun bermula Januari 2023.

Antara pakaian berjenama Messi yang akan dijual oleh Al-Ikhsan khusus untuk kanak-kanak berumur dua tahun hingga remaja adalah:

  • Kemeja-T
  • Baju polo
  • Seluar pendek
  • Pakaian dalam
  • Hoodie
  • Seluar trek

Selaras dengan tujuan utama Al-Ikhsan Sports untuk menjadikan sukan mampu milik untuk semua, Al-Ikhsan Sports berhasrat untuk menjual keseluruhan koleksi ini bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk hoodie dan jaket.

Pada masa yang sama, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Al-Ikhsan Sports, Vach Pilluta menyatakan hasrat untuk memperbanyakkan kuantiti koleksi ini ke lebih banyak kedai dalam tempoh enam hingga lapan bulan akan datang agar kesemua 20 juta peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh mendapatkannya.

Majlis dirasmikan Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Turut hadir jurulatih pemain bola sepak Amri Yahyah, Norshahrul Idlan, lagenda bola sepak seperti Datuk Santokh Singh, Khalid Ali dan ramai lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: