Bisnes

DPIM Putrajaya wujudkan hub aktiviti usahawan

Cyberjaya _ Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Putrajaya membangunkan hub Entreprenuer Activities Centre (EAC) di sini sebagai inisiatif kepada golongan usahawan mengembangkan perniagaan di samping memperoleh pelbagai informasi berkaitan.


Pengerusinya, Dato’ Seri Muhamad Khanafi Husin berkata, langkah mewujudkan pusat aktiviti usahawan yang berlokasi di sebuah kafe yang selesa dikenali sebagai Goffee di Kenwingston, Cyberjaya selepas mendapat sokongan daripada Tree Integrated Solutions yang mahir dalam menyediaan platform digital.


“Pada asasnya, tujuan EAC dibangunkan adalah untuk menyediakan platform fizikal dan digital kepada usahawan dengan kerjasama Goffee sebagai tempat perjumpaan fizikal. Kolaborasi dengan Tree Integrated Solutions sebagai penyedia platform digital dengan sokongan DPIM Putrajaya ini mensasarkan usahawan di seluruh negara.

Pengerusi DPIM Putrajaya, Dato’ Seri Muhamad Khanafi Husin (dua dari kanan) bersama Pengurus Tree Intergrated Solutions, Abdul Hadi Pilus (kiri) dan kakitangan membincangkan mengenai aktiviti Pusat Aktiviti Usahawan di Cyberjaya baru-baru ini.


“Usahawan yang menjadi ahli kepada EAC Goffee akan memperoleh faedah menggunakan fasiliti Goffee sebagai pusat perjumpaan perniagaan dan applikasi EAC sebagai medium digital Busines to Busines (B2B) untuk pemasaran produk dan perkhidmatan,” katanya.


Menjelaskan lebih lanjut beliau menambah, B2B adalah transaksi komersial di mana pembelian dan penjualan barang dagangan dilakukan di antara dua rumah perniagaan. Contohnya entiti yang membekalkan bahan kepada yang lain untuk pengeluaran, atau entiti menyediakan perkhidmatan kepada yang lain.


“Usahawan yang mahu menjalankan urus niaga B2B boleh datang ke Goffee kerana kami menyediakan kemudahan yang selesa kepada semua usahawan yang ingin meningkatkat lagi jaringan dan capaian secara digital.


“Lebih daripada itu Goffee adalah sebuah kafe yang menawarkan beberapa bilik yang boleh dipilih, misalnya pertemuan dan perbincangan secara tertutup, bilik mensyuarat, bilik untuk tujuan kursus dan bengkel atau mengadakan pelancaran produk.


“Di samping itu , sebagai kafe di sini juga ditawarkan kepelbagaian menu menarik. Perbincangan perniagaan dapat dilakukan lebih tenang, terkawal dan santai sambal menikmati hidangan enak dan diharap cara begini mampu mengikat kata sepakat,” katanya.


Sementara itu, Pengurus Tree Integrated Solution, Abdul Hadi Pilus berkata, usahawan yang berminat sama ada ahli DPIM atau awam dialu-alukan untuk menyertai EAC kerana banyak informasi berkaitan peluang dalam dunia keusahawanan akan dikongsikan.

Pengerusi DPIM Putrajaya, Dato’ Seri Muhamad Khanafi Husin (kanan) berjabat tangan dengan Penasihat DPIM, Datuk Samsul Husin selepas majlis pelancaran Pusat Aktiviti Usahawan di Goffee, Cyberjaya baru-baru ini.


“Usahawan yang berminat boleh memuat turun applikasi EAC di playstore dan applestore, kemudian mendaftar secara percuma. Lebih menarik mereka yang menjadi ahli akan diberikan diskaun tambahan makan, minum dan bilik mesyuarat semasa di Goffee.


“Selain itu, applikasi EAC juga mewujudkan e- magazine yang akan memuat naik berita-berita aktiviti DPIM, direktori usahawan pelbagai sektor, peluang menjalin hubungan dagang dengan negara luar daripada Malaysia malah usahawan juga berpeluang mempromosi perniagaan masing-masing.


“Lebih daripada itu, ahli layak meletak produk di rak pameran , mendapat informasi awal sesi jaringan usahawan dan diskaun istimewa untuk e -magazine. Kami juga berusaha agar capaian kepada applikasi platform perniagaan daripada agensi yang berkaitan untuk rujukan usahawan juga akan dipaparkan dari semasa ke semasa.

Melalui informasi ini akan memberikan maklumat terkini dan secara langsung kepada ahli EAC,” ujarnya.


Kepada yang berminat download http://play.google.com/store/apps/details?id=com.mobileOne.goffee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: