Gaya Hidup

Coca-Cola menjemput rakyat Malaysia untuk meraikan keajaiban bersama keluarga sempena Tahun Baru Cina

Kuala Lumpur – Tahun Baru Cina merupakan masa terbaik untuk keluarga dan sahabat handai berkumpul beramai-ramai untuk meraikan tradisi, dan pada masa yang sama, mencipta memori indah yang tidak dapat dilupakan. Sempena sambutan Tahun Baru Cina ini, Coca-Cola Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk menghayati semangat kekeluargaan yang sebenar melalui pengalaman yang dikongsi.

“Di Coca-Cola, kami percaya keajaiban yang sebenar berada di mana-mana. Keajaiban tersebut boleh menjadi satu kenyataan apabila kita menerima perbezaan di antara kita dan meraikan persamaan yang boleh menyatukan kita semua. Kami ingin membawa mesej ini kepada semua melalui kempen Tahun Baru Cina kami serta menggalakkan rakyat Malaysia bersama-sama meraikan keajaiban tersebut, sambil menikmati minuman Coke yang menyegarkan,” kata Rina Surya, Frontline Marketing Director, Coca-Cola Malaysia.

Sentimen kekeluargaan sertapenerimaan perbezaan ini terserlah melalui video pendek daripada Coca-Cola yang boleh diakses di sini – https://www.youtube.com/watch?v=Av9whlpb6DU

Video ini menceritakan tentang seekor arnab tua yang ingin melawat anak dan cucunya yang tinggal di bandar, namun bimbang dengan perbezaan gaya hidup keluarga besar dan adat Tahun Baru Cina. Walaupun demikian, sebaik sahaja tiba dan berasa kurang pasti untuk berkongsi hidangan yang disediakannya, ahli keluarganya yang lain dengan segera memeluknya dan mengingatkan arnab tua tersebut bahawa meraikan perbezaan adalahkeajaiban sebenar untuk menyatukan keluarga. Akhirnya, mereka sama-sama meraikan perayaan tersebut dengan hidangan enak yang dinikmati bersama minuman Coca-Cola.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: