IBU kepada Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin meninggal dunia hari ini.
Pemergian Allahyarham dimaklumkan sendiri oleh Mohd Asri menerusi hantaran di Facebooknya, sebentar tadi.
“Ibu yang saya kasihi, pintu hidup saya dalam dunia ini baru sahaja meninggal dunia.
“Pohon semua mengenali beliau memaafkan kesalahannya jika ada. Pohon semua yang mengenali saya berdoa keampunan untuk ibu saya,” katanya dalam hantaran ringkas berkenaan.