Politik

Benarkah nasib KJ ditentukan petang ini?

Kuala Lumpur – Nasib Timbalan Ketua Umno Bahagian Rembau, Khairy Jamaluddin yang mendakwa wujud ‘perwakilan import’ dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022, akan dibincangkan petang ini.

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata perkara itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan yang dipengerusikan beliau.

“Petang nanti (dibincangkan),” katanya ringkas ketika ditanya media berhubung perkembangan terhadap tindakan yang bakal dikenakan terhadap Khairy.

Terdahulu Mohamad yang juga Menteri Pertahanan meninjau tapak pembinaan perumahan bagi Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Galeri Jualan Residensi Sateria di Sungai Besi hari ini.

Selepas PAU 2022 baru-baru ini, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Lembaga Disiplin Umno akan meneliti tindakan terhadap Khairy berhubung kenyataannya mengenai kewujudan ‘perwakilan import’.

Ia selepas bekas Ketua Pemuda Umno itu mendakwa wujud usaha membawa masuk perwakilan import bagi memastikan usul tambahan dua jawatan tertinggi Umno tidak dipertandingkan dalam pemilihan akan datang, diluluskan dalam PAU 2022.

Ahmad Zahid juga menegaskan mana-mana individu yang tidak memiliki kad akses sebagai perwakilan Umno yang sah, tidak dibenarkan masuk dalam Dewan Merdeka.

Sebelum itu Khairy mendakwa, ‘tag’ (tanda) pada kerusi dalam Dewan Merdeka yang dikhaskan untuk perwakilan Umno sudah ditanggalkan sebagai usaha membawa masuk ‘perwakilan import’ bagi meluluskan usul tambahan berkenaan.

Khairy turut memuat naik satu video mengenai ‘perwakilan import’ menerusi Instagram, menunjukkan sekumpulan individu berbaju Melayu diberi taklimat dalam satu bilik khas di WTC Kuala Lumpur,

Video itu diiringi kapsyen: “Perwakilan ‘import’ diberi taklimat sebelum masuk Dewan Merdeka untuk menyokong usul ‘no contest’ (tiada pertandingan).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: