Hiburan

Keputusan kes Ismahalil 27 Januari ini

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tarikh 27 Februari ini untuk memutuskan sama ada penyampai radio, Ismahalil Hamzah dibebaskan atau dipanggil membela diri terhadap pertuduhan mengedar dadah.

Keputusan itu akan diumumkan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin selepas mendengar keterangan lima saksi pendakwaan pada perbicaraan bermula Oktober 2022, lapor Utusan Online.

Tarikh itu dimaklumkan kepada wakil media oleh peguam Adi Zulkarnain Zulkafli yang mewakili Ismahalil selaku tertuduh.Pihak pendakwaan menutup kes pada 9 Januari lalu selepas mendengar keterangan saksi terakhir iaitu pegawai penyiasat yang juga Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Gua Musang, ASP Khairul Hamizi Desa.

Menurut peguam itu, perbicaraan berlangsung pada 19, 20 dan 31 Oktober 2022 dan bersambung pada 3 dan 9 Januari lalu.

Adi Zulkarnain turut memaklumkan, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan memfailkan hujahan bertulis pada atau sebelum 9 Februari ini.Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norashikin Ibrahim manakala peguam Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar turut mewakili Ismahalil.

Pada 21 Februari 2022, penyampai radio popular itu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis, dua tahun lalu.Menurut pertuduhan, Ismahalil, 49, didakwa mengedar dadah seberat 374.6 gram di sebuah rumah di Jalan Semarak, Wangsa Maju pada jam 5.35 petang pada 27 Ogos 2021.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1) (A) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.Pada 27 Januari 2022, Mahkamah Majistret membenarkan kes Ismahalil dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: