New York & Kuala Lumpur, Malaysia – Treasure Global Inc. (NASDAQ: TGL)(“TGI” atau “Syarikat”), sebuah platform inovatif e-dagang yang menyediakan solusi transaksi dan program ganjaran yang lancar, mengumumkan tentang acara menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membincangkan perkongsian strategik baharu di Malaysia bersama dengan Boost, syarikat teknologi kewangan spektrum penuh serantau. Sebagai kesinambungan kerjasama perniagaan di antara TGI dan Boost, perkongsian baharu tersebut akan berusaha untuk memanfaatkan solusi pembiayaan digital dari Boost Credit, sebuah perniagaan pinjaman berasaskan Kecerdasan Buatan (A.I.) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan pinjaman seperti pembiayaan modal kerja, pembiayaan invois dan pembiayaan rantaian bekalan untuk memperkasakan lagi usahawan kecil dan sederhana (SME) di Malaysia.
Di bawah perjanjian tersebut, solusi pembiayaan digital Boost Credit akan diterapkan ke program TAZTE dari TGI, menghubungkan TGI dengan rangkaian para pedagang dan penyedia F&B sebagai pengguna platform TAZTE dan ZCITY yang berpotensi. Tambahan pula, perkongsian ini akan meningkatkan pendedahan kepada jenama TGI, membina kesedaran kepada perniagaan dan penyedia F&B di Malaysia.

“Perkongsian strategik bersama Boost merupakan kunci kepada perkembangan rangkaian TGI dengan para pedagang dan penyedia F&B di seluruh Malaysia, membolehkan mereka menyertai kami sebagai pengguna platform TAZTE,” kata En. Sam Teo, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TGI. “Kerjasama dengan pemain fintech serantau turut penting kepada TGI untuk meningkatkan tahap kesedaran terhadap jenama kami dan kredibiliti dalam rantau ini sebagai penyedia solusi transaksi inovatif yang bernilai. Ini adalah contoh utama TGI melaksanakan rancangan strategik kami untuk mendapatkan perkongsian yang relevan di Asia Tenggara, di mana kami dapat menawarkan solusi kepada ahli-ahli mereka dan meningkatkan capaian kami dan penukaran kepada pengguna di saluran-saluran kami.”

“Fokus utama kami di Boost adalah untuk merapatkan jurang rangkuman kewangan dengan memperkasakan SME melalui sistem kewangan digital yang dipermudahkan, supaya mereka boleh meneruskan aspirasi perniagaan mereka tanpa perlu risau tentang aspek kewangan. Melalui perkongsian kami bersama TGI, rangkaian para pedagang TAZTE akan menerima sokongan kewangan digital melalui Boost Credit, justeru itu, para pedagang kami akan mampu memanfaatkan platform TAZTE untuk menyeragamkan sistem operasi dan pengurusan mereka. Pada kami, ini merupakan langkah untuk memudahkan komuniti tersebut menjadi lebih cemerlang dalam mencapai matlamat perniagaan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Boost, En. Sheyantha Abeykoon.