Terkini

Sultan Selangor, Tengku Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

SHAH ALAM – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, hari ini, berkenan menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat negeri ini yang meraikannya.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, hari ini, baginda berharap sambutan perayaan sebegini akan terus menjadi elemen terpenting dalam mengeratkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia, serta diraikan dalam suasana muhibah, penuh toleransi dan saling hormat menghormati.

“Semoga tahun baharu ini akan membawa kemakmuran, kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua,” titah baginda.

Dalam hantaran sama, turut dikongsikan beberapa gambar baginda berdua ketika berangkat melawat Pinang Peranakan Mansion di Georgetown, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Rumah agam yang dibina sekitar tahun 1893 itu kini dijadikan muzium dan menempatkan pelbagai barangan antik, artifak serta koleksi gaya hidup golongan Peranakan atau Baba Nyonya.

-BERNAMA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: