Terkini

NAZA TTDI lancar kempen “Harmony of Living” sempena ulang tahun ke 50

Kuala Lumpur – NAZA TTDI Sdn Bhd (NAZA TTDI) menandakan permulaan sambutan ulang tahunnya yang ke-50 tahun ini dengan pelancaran Kempen “Harmony of Living” atau “Keharmonian Kehidupan” hari ini. Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang enam bulan akan datang di bawah Kempen sebagai cara menyampaikan penghargaannya kepada pelanggan dan pihak berkepentingan atas sokongan mereka.

Sebagai sebahagian daripada kempen itu, NAZA TTDI juga mengumumkan siri tiga (3) Cabutan Bertuah untuk pembeli hartanahnya. Cabutan Bertuah ini dibuka kepada pembeli unit dalam projek terpilih iaitu, MET1 Residences, Sentralis Sovo, Plaza TTDI, TTDI Ascencia, Trio Permai– Soho, Trio Permai – Kedai, Trio Permai – Kedai dan TTDI Za’aba. Pembeli yang berminat boleh merujuk laman web NAZA TTDI mengenai terma dan syarat cabutan bertuah ini.

Peraduan Cabutan Bertuah “Harmony of Living” menawarkan peluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 termasuk Mercedes Benz EQA 250 dan Suzuki Swift Sport yang akan dijalankan dalam 3 cabutan, pada bulan Mei, Julai, dan cabutan bertuah utama pada Ogos 2023.

Kempen tersebut diumumkan oleh YBhg Dato’ Jasmy bin Ismail, Pengerusi NAZA TTDI dan turut hadir ialah Daniel Lim, Ketua Pegawai Eksekutif NAZA TTDI semasa Malam Apresiasi Media Naza TTDI yang diadakan di salah sebuah bangunan ikoniknya, Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia. (MITEC).

Menurut Dato’ Jasmy, “Ulang tahun ke-50 kami merupakan peristiwa penting bagi NAZA TTDI. Walaupun dalam tempoh ini, kami telah memanfaat banyak peluang, kami turut menghadapi pelbagai cabaran. Walau bagaimanapun, kami tetap teguh dalam fokus kami untuk menawarkan unit kediaman dan komersial yang menekankan penawaran nilai maksimum, inovasi dan kualiti.”

Sepanjang perjalanan 50 tahun sejak penubuhannya pada 1973, NAZA TTDI turut menyumbang kepada pertumbuhan dan pembangunan komuniti utama di Lembah Klang melalui pembangunan dan projeknya. Rentetan pencapaian NAZA TTDI termasuk menyiapkan perbandaran terkenal berskala besar, dan projek premium dan mercu tanda seperti TTDI, TTDI Alam Impian, Platinum Park dan MITEC, dan pencapaian penting lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: