Kuala Lumpur – Naza TTDI Sdn Bhd, cabang hartanah Naza Corporation Holdings Sdn Bhd mencipta rekod berjaya menyiapkan lebih 25,000 unit kediaman sejak beroperasi pada tahun 1973.
Pengerusinya, Datuk Jasmy Ismail berkata, syarikat mega itu akan terus memanfaatkan pengalamannya untuk membina perbandaran terkemuka berskala besar serta projek premium dan mercu tanda.
Beliau menambah syarikat juga kekal fokus pada pembangunan yang mampu meningkatkan kualiti hidup dan membawa konsep gaya hidup yang berkisar kepada komponen ‘Hidup, Bekerja, Belajar dan Beriadah’.
“Walaupun dalam tempoh ini, kami telah memanfaatkan banyak peluang, kami turut menghadapi pelbagai cabaran. Bagaimanapun, kami tetap teguh dalam fokus untuk menawarkan unit kediaman dan komersial yang menekankan penawaran nilai maksimum, inovasi dan kualiti,” katanya ketika berucap pada Majlis Ulang Tahun ke-50 dan Malam Apresiasi Media.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Naza TTDI, Daniel Lim.
Jasmy berkata, ulang tahun ke-50 NAZA TRDI merupakan peristiwa penting bagi syarikat berkenaan yang telah melalui pelbagai cabaran.
Sebagai tambahan kepada pembangunan premium, Naza TTDI juga membangunkan perumahan kos sederhana dan rendah.
Naza TTDI telah berjaya menyiapkan lebih 25,000-unit kediaman & komersil dan terus menyentuh kehidupan ramai kerana mereka kekal fokus pada pembangunan yang meningkatkan kualiti hidup dan membawa konsep gaya hidup yang berkisar kepada komponen Live, Work, Learn & Play.
“Rentetan pencapaian Naza TTDI termasuk menyiapkan perbandaran terkenal berskala besar, dan projek premium dan mercu tanda seperti Taman Tun Dr Ismail (TTDI); TTDI Alam Impian; Platinum Park dan Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
“Kami mempunyai rangka kerja hijau dalam pembangunan kai dan menggabungkannya dengan beberapa sistem penarafan yang diiktiraf industri seperti ‘Leadership in Energy and Environmental Design’ (LEED); Indeks Bangunan Hijau (GBI) dan ‘Green Real Estate’ (GreenRE),” ujarnya.
Sementara itu, katanya sempena sambutan jubli emas syarikat, Naza TTDI melancarkan kempen Keharmonian Kehidupan dengan pelbagai aktiviti dirancang sepanjang enam bulan sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.
Katanya, ia termasuk tiga cabutan bertuah kepada pembeli hartanahnya yang dibuka kepada pembeli unit dalam projek terpilih iaitu, MET1 Residences, Sentralis Sovo, Plaza TTDI, TTDI Ascencia, Trio Permai – Soho, Trio Permai – Kedai, Trio Permai – Kedai dan TTDI Za’aba.