Kuala Lumpur – Samsung hari ini telah memperkenalkan siri telefon pintar terbaru mereka secara rasminya, dibawah nama Galaxy S23. Seperti ramai sedia maklum, model paling mercu dibawah siri ini adalah Samsung Galaxy S23 dan Galaxy S23+ dan Galaxy S23 Ultra.

Model ini hadir dengan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2x, menyokong input berasaskan S-Pen, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, serta memori 12GB RAM. Pada bahagian kamera juga, telefon pintar ini hadir dengan kamera 200MP bersama untuk rakaman gambar.
Dari segi penawaran, model ini adalah model paling premium yang ditawarkan oleh Samsung dibawah siri Galaxy S23.

Galaxy S23 Ultra model asas hadir dengan storan 256GB pada harga RM5699.
Variasi storan 512GB pula dijual pada harga RM6199, dan model 1TB pada harga RM7199.
Perbezaan paling besar dari segi rekaan ialah tiada lagi bonggol kamera besar Contour Cut digantikan dengan rekaan Floating Camera baharu.Pada tahun ini ketiga-tiga peranti siri Galaxy S23 menggunakan rekaan Floating Camera supaya semua nampak konsisten.
Samsung Galaxy S23

Dilengkapi skrin 6.1″ Dynamic AMOLED 120HZ FHD+ yang menyokong paparan HDR10+. Terdapat ciri Vision Booster yang memastikan imej masih nampak jelas dalam pelbagai situasi pencahayaan. Skrin ini walau bagaimanapun bukan dari jenis LTPO yang boleh menurunkan kadar segar semula sehingga 1Hz. Dengan kaca Gorilla Glass Victus 2 pula, skrin peranti menjadi semakin tahan hentakan.
Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy digunakan dengan dipadankan dengan memori 8GB LPDDR5X, storan sehingga 256GB UFS 4.0 dan bateri sebesar 3900 mAh yang menyokong pengecas 25W. Ini adalah peningkatan 200mAh berbanding S22 tahun lalu. Ini dilakukan kerana tubuh S23 bukan sahaja lebih berkotak tetapi turut lebih tebal. Tubuh masih lagi mempunyai kemampuan kalis air serta debu IP68.
Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 10MP sehingga 3X secara optikal. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto. Hanya kamera hadapan ditingkatkan dari 10 ke 12MP sementara ketiga-tiga kamera utama adalah sama seperti tahun lalu.
Samsung Galaxy S23+

Dilengkapi skrin 6.6″ Dynamic AMOLED 120HZ FHD+ yang menyokong paparan HDR10+. Terdapat ciri Vision Booster yang memastikan imej masih nampak jelas dalam pelbagai situasi pencahayaan. Skrin ini walau bagaimanapun bukan dari jenis LTPO yang boleh menurunkan kadar segar semula sehingga 1Hz. Kaca Gorilla Glass Victus 2 digunakan di hadapan dan belakang dengan ia direka untuk tahan hentakan dari ketinggian 2 meter.
Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy digunakan dengan dipadankan dengan memori 8GB LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri sebesar 4700 mAh yang menyokong pengecas 45W yang lebih pantas. Seperti S23, S23+ turut menerima peningkatan kapasiti bateri sebanyak 200mAh yang menjadikan tubuh lebih tebal. Ia melepasi piawaian kalis air serta debu IP68.
Tiada perbezaan pada spesifikasi kamera S23 dengan S23+. Kamera utama juga terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 10MP sehingga 3X secara optikal sementara sensor 12MP digunakan untuk kamera swafoto.
Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy digunakan dengan dipadankan dengan memori 8GB LPDDR5X, storan sehingga 512GB UFS 4.0 dan bateri sebesar 4700 mAh yang menyokong pengecas 45W yang lebih pantas. Seperti S23, S23+ turut menerima peningkatan kapasiti bateri sebanyak 200mAh yang menjadikan tubuh lebih tebal. Ia melepasi piawaian kalis air serta debu IP68.

Tiada perbezaan pada spesifikasi kamera S23 dengan S23+. Kamera utama juga terdiri daripada lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 12MP dan telefoto 10MP sehingga 3X secara optikal sementara sensor 12MP digunakan untuk kamera swafoto.
Kedua-dua peranti menggunakan One UI 5.1 yang berasaskan Android 13. Pilihan warna pula adalah Black, Cotton, Green, dan Violet. Harga jualan Galaxy S23 dan Galaxy S23+ di Malaysia ialah;
- Samsung Galaxy S23 (128GB) – RM3,899
- Samsung Galaxy S23 (256GB) – RM4,199
- Samsung Galaxy S23+ (256GB) – RM4,699
- Samsung Galaxy S23+ (512GB) – RM5,199
Samsung Galaxy S23 Ultra

Masih dilengkapi skrin 6.8″ Dynamic AMOLED 120HZ FHD+ yang menyokong paparan HDR10+ dari jenis LTPO yang boleh menurunkan kadar segar semula sehingga 1Hz. Terdapat juga sistem Vision Booster yang memastikan imej masih jelas dalam apa juga tahap keterangan skrin. Stylus S Pen boleh digunakan pada skrin dengan ia diletakkan dalam tempat simpanan terbina di bawah peranti.
Cip Snapdragon 8 Gen 2 For Galaxy digunakan dengan dipadankan dengan memori 12GB LPDDR5X, storan sehingga 1TB UFS 4.0 dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecas pantas 45W. Pengecasan nirwayar boleh dilakukan dengan kuasa 15W dan berbalik pula dengan kuasa 4.5W. Tiada peningkatan pada kapasiti bateri atau pengecasan dilakukan tahun ini.
Tubuh masih lagi mempunyai kemampuan kalis air serta debu IP68. Dari segi ketahanan hentakan pula, kaca Gorilla Glass Victus 2 digunakan di hadapan dan belakang peranti. Menurut Corning kaca ini boleh menahan hentakan jika terjatuh dari ketinggian sehingga 2 meter.

Kamera utama terdiri daripada lensa sudut lebar 200MP ISOCELL HP2, ultra sudut lebar 12MP, telefoto 10MP sehingga 3X secara optikal dan telefoto 10MP sehingga 10 kali optikal serta 100 digital. Di hadapan pula kamera 12MP digunakan untuk swafoto bukan lagi 40MP seperti pada S22 Ultra.
Sensor gergasi 200MP mampu menghasilkan gambar yang lebih tajam, jelas, kurang hingar dan warna yang lebih baik. Ia menggantikan sensor 108MP yang digunakan tahun lalu. Tahu lalu Nightography menjadi sandaran tetapi tahun ini Astrophotography pula menjadi tarikan.
Dengan hanya berbekalkan tripod, gambar angkasa yang menawan dan jelas boleh diambil oleh semua pengguna S23 Ultra. Aplikasi Expert RAW turut ditambah baik dengan kemampuan mengambil gambar pada resolusi 50MP yang lebih besar.
Sistem operasi One UI 5.1 yang berasaskan Android 13 digunakan kali ini dengan ia menambah ciri kustomasi skrin kunci yang lebih pelbagai, widget yang boleh digabungkan dan sekuriti yang dipertingkatkan. Pilihan warna pula adalah Phanton Black, Green, Cream dan Lavender. Harga jualan Samsung Galaxy S23 Ultra di Malaysia ialah.
- Samsung Galaxy S23 Ultra (256GB) – RM5,699
- Samsung Galaxy S23 Ultra (512GB) – RM6,199
- Samsung Galaxy S23 Ultra (1TB) – RM7,199

Samsung Malaysia turut menawarkan promosi storan berganda untuk pra-tempahan, selain potongan harga – membolehkan anda mendapatkan model 1TB pada harga serendah RM6499. Samsung Malaysia juga menawarkan beberapa barangan eksklusif apabila anda membuat pra-pesanan mulai hari ini, 2 Februari hingga 23 Februari 2023.
Jika anda membuat pra-pesanan dari kedai dalam talian Samsung Malaysia, anda boleh mendapatkan peningkatan storan berganda bernilai RM500, eVoucher RM400, ke atas diskaun hingga 30% untuk tawaran PWP untuk aksesori Samsung, Samsung Care+, Galaxy Tablets, Watch and Buds, serta tawaran istimewa tukar beli dengan tambahan rebat RM600.