Terkini

Persatuan takaful lancar kempen ‘Race for Cover’ pacu pertumbuhan industri

Kuala Lumpur – Persatuan Takaful Malaysia (MTA) hari ini melancarkan Kempen “Race for Cover” sebagai usaha kolektif meningkatkan kesedaran tentang Takaful dalam kalangan rakyat Malaysia melalui persaingan mesra dan sihat.


Permulaan simbolik konvoi 30 penunggang motosikal berkuasa tinggi menandakan permulaan Kempen yang akan berlangsung dari Februari hingga Disember 2023. Sepanjang tempoh ini, Pengendali Takaful akan mempromosi produk Takaful terlaris mereka serta menyampaikan mesej dan maklumat penting tentang manfaat Takaful. Selain daripada meningkatkan kesedaran tentang keperluan perlindungan Takaful, Kempen ini juga bertujuan untuk mendedahkan orang ramai kepada produk Takaful yang ada di pasaran.

Inisiatif industri oleh MTA ini bukan sahaja akan membuka jalan ke arah meningkatkan penembusan pasaran Takaful tetapi juga akan menyokong usaha untuk meningkatkan kadar pengambilan produk Mikrotakaful. Kategori produk Takaful ini khusus disediakan untuk menyediakan perlindungan kepada kumpulan B40 di Malaysia ketika negara berusaha ke arah perlindungan inklusif untuk semua. Objektif Kempen ini juga sejajar dengan aspirasi utama Pelan Tindakan Sektor Kewangan 2026 Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu, menjadikan kewangan tersedia untuk semua dengan mempunyai pelbagai pilihan untuk pelanggan, termasuk penyelesaian “digital diutamakan”; kewangan untuk transformasi dengan membangunkan pertumbuhan dalam kewangan alternatif; dan mewujudkan kewangan untuk
kemampanan dengan mengguna pakai idea pengantaraan berasaskan nilai (VBI) untuk industri perkhidmatan kewangan.


Encik Mohd Radzuan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif MTA berkata, “Kami berbangga dan teruja untuk membawa kembali “Race for Cover 3.0” tahun ini sebagai satu lagi inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang konsep dan faedah Takaful, dan produk Takaful yang ditawarkan oleh ahli kami dalam kalangan syarikat Takaful yang boleh memainkan peranan penting untuk membantu orang ramai daripada semua kumpulan pendapatan. Kempen ini akan menyokong usaha untuk meningkatkan penembusan pasaran Takaful Keluarga dan Takaful Am dan mengurangkan jurang perlindungan dalam kalangan rakyat Malaysia.”

Melalui inisiatif ini, Persatuan menggalakkan ahlinya untuk mewujudkan lebih banyak produk Mikrotakaful, dalam talian, penyakit kritikal (CI), dan perlindungan lain untuk pasaran. Syarikat Takaful yang mengambil bahagian dalam kempen ini perlu inovatif dan menggerakkan sepenuhnya rangkaian pengedaran masing-masing sambil “berlumba” untuk mencatat prestasi terbaik, berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan dan menerima pengiktirafan dan anugerah yang sewajarnya pada akhir Kempen.

Menurut Radzuan, “Kami akan terus memperkenalkan inisiatif dan aktiviti lain untuk memacu pertumbuhan industri. Kami berharap usaha kami untuk meningkatkan kesedaran tentang
Takaful dan rangkaian produknya yang komprehensif dapat membolehkan pengguna membuat keputusan termaklum dalam mendapatkan produk Takaful pilihan mereka.”

“Satu lagi objektif Kempen ini adalah untuk mengukuhkan lagi hubungan antara badan korporat dan organisasi kebajikan melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat kami. Di samping menggalakkan kami menyumbang kepada tujuan amal, inisiatif ini dapat mengeratkan ikatan persaudaraan sesama kami dalam satu industri,” tambah Radzuan.

Acara ini menjadi lebih bermakna dengan majlis penyerahan sumbangan MTA dan syarikat Takaful menyumbangkan RM10,000 daripada Dana Sosial Takaful mereka kepada Pusat Pengajian Al-Quran Al-Hafidz, Port Dickson semasa konvoi singgah di Port Dickson sebagai sebahagian daripada usaha mereka untuk berbakti kepada masyarakat. Untuk maklumat lanjut dan terkini serta maklumat mengenai acara yang akan datang, sila layari laman Facebook dan Instagram rasmi Persatuan Takaful Malaysia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: