Gaya Hidup

AirAsia X kembali memulakan perkhidmatan laluan eksklusif dari Kuala Lumpur ke Busan

Kuala Lumpur – AirAsia X (AAX) terus mengembangkan perkhidmatan penerbangannya ke Korea Selatan dengan pelancaran semula laluan eksklusif dari Kuala Lumpur ke Busan, menghubungkan bandar pelabuhan terbesar di negara ini dengan Asia Tenggara dan seterusnya bermula hari ini.

Penerbangan sulung tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2) pada jam 2:10 pagi dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae pada jam 9:00 pagi hari ini. Sempena sambutan perkhidmatan penerbangan ini para semua tetamu dalam penerbangan sulung telah dihantar oleh Ahli Lembaga Pengarah AAX, Dato’ Fam Lee Ee dan Ketua Pegawai Eksekutif AAX Malaysia Benyamin Ismail. Sebaik mendarat di Busan, para tetamu turut disambut oleh wakil Pertubuhan Pelancongan Busan (BTO).

Sebagai destinasi ke-15 syarikat penerbangan itu dan yang kedua di Korea Selatan, penerbangan tiga kali seminggu ke/dari Busan memainkan peranan penting dalam merangsang permintaan perjalanan baharu dan mengukuhkan AAX sebagai peneraju pasaran di Asia Utara melalui tambang bernilai terbaik serta memacu persaingan yang lebih hebat.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia Benyamin Ismail berkata: “Kami teruja untuk memulakan semula laluan terkenal ini dan bangga menjadi satu-satunya syarikat penerbangan di Malaysia yang mengendalikan penerbangan terus dari Kuala Lumpur ke Busan, sebuah bandar yang mempunyai pelbagai tarikan pelancongan. Mulai hari ini, perjalanan udara antara Busan dan Kuala Lumpur kini lebih mudah dan berpatutan, memberikan rangsangan yang dialu-alukan untuk pelancongan dan ekonomi tempatan.

“Berserta laluan sedia ada kami ke Seoul, pengumuman hari ini mengukuhkan lagi kedudukan pasaran kami di Korea Selatan dan meningkatkan kapasiti keseluruhan kami ke Asia Utara – pasaran kami yang paling pesat berkembang. Kami akan terus mencari peluang pengembangan pada masa hadapan dan bekerjasama dengan BTO untuk mempromosikan destinasi ini secara global dan menggiatkan industri pelancongan di Busan.”

Presiden Pertubuhan Pelancongan Busan Jung-Sil Lee berkata: “Kami ingin mengucapkan tahniah kepada AAX atas pelancaran laluan eksklusif yang menghubungkan Kuala Lumpur dengan Busan ini. Permulaan semula perkhidmatan ini menyokong misi kami untuk membina asas pelancongan mampan dengan memberi tumpuan kepada penerbangan ke laluan paling popular terlebih dahulu dan menyokong sektor pelancongan Busan yang terkenal dengan sejarah, budaya, juadah dan seni tempatannya.

“Busan juga turut dinamakan sebagai salah satu daripada ’25 Destinasi Pelancongan Terbaik di Dunia pada 2023′ oleh National Geographic berikutan bandarnya yang mempunyai budaya dan tawaran pelancongan yang menakjubkan. Selaras dengan pengiktirafan ini, kami berharap dapat bekerjasama dengan AAX untuk meningkatkan permintaan pelancongan di Busan dan menarik pengembara bukan sahaja dari Malaysia malah negara Asia Tenggara lain yang kini boleh terbang ke bandar ini dengan mudah dan berpatutan melalui Kuala Lumpur.”

Untuk meraikan perkhidmatan penerbangan ke salah satu destinasi paling popularnya, AAX menawarkan tambang termasuk semua* bernilai hebat antara Kuala Lumpur dan Busan daripada RM539/KRW139,000 sehala untuk tempat duduk ekonomi atau RM1,999/KRW499,000 sehala untuk tempat duduk Premium Flatbed.

Jadual penerbangan antara Kuala Lumpur, Malaysia (KUL) dan Busan, Korea Selatan (PUS):

*Tambang termasuk semua termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan sebarang caj lain yang berkenaan. Tertakluk kepada terma dan syarat. Tempoh tempahan dari sekarang sehingga 19 Februari 2023 untuk tempoh perjalanan antara 3 Februari 2023 dan 28 Oktober 2023.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: