Petaling Jaya – Selaku jenama kosmetik buatan Malaysia yang dijamin halal, Chriszen yang dahulunya popular kerana inovasi bedak asasnya kini tampil dengan produk maskara baharu diberi nama Chriszen x Rozyana LASH-thetic mascara.

Apa yang menarik tentang maskara ini adalah ianya disertai serum di mana, molekul serum tersebut adalah cukup ampuh dan kecil sehingga mampu meresap ke dalam partikel bulu mata secara efektif bagi memberi efek tebal dan lentik secara semulajadi.
Maskara ini tidak mengandungi bahan haiwan dan teksturnya yang lembut serta tidak bergumpal menjadikannya mudah dicuci dan sangat mesra wuduk.

Pengarah Urusan Chriszen Malaysia, Mandy Leong berkata maskara ini dicipta hasil perbincangan bersama duta yang dilantik, Rozyana Roslan yang menginginkan produk mekap yang mudah dibersihkan untuk memudahkan si pemakai mengambil wuduk.
“Kami melantik pempengaruh media sosial, Rozyana yang ramai pasti mengenalinya dengan content berkenaan mekap dan tutorial yang bermanfaat, beliau memiliki jumlah pengikut yang ramai melebihi 5 juta dan ini secara langsung membantu produk kami lebih dikenali”.
“Rozyana memiliki peribadi yang sangat baik dan hasil perbincangan pada awalnya, kami telah bersetuju mencipta maskara mengikut ciri-ciri seperti yang diinginkan beliau”, katanya.
Dengan ketahanan mencapai sehingga 16 jam, maskara ini disifatkan sangat ekonomik dan memiliki aspek terbaik dengan kesan lebih dramatik tanpa perlu berbelanja besar.

Selaku duta, Rozyana menjelaskan amat terkejut pada mulanya apabila menerima tawaran namun menerimanya bagi memberi peluang kepada pengguna untuk memiliki maskara yang memudahkan urusan harian lebih-lebih lagi kepada wanita yang aktif.
“Maskara ini sangat terbaik kerana ada ciri-ciri yang saya inginkan dan sangat praktikal untuk semua wanita terutama yang beragama islam, kerana ianya tidak berketul atau bergumpal, sangat ringan dan tidak comot apabila dipakai”.
“Selain itu, maskara ini juga mudah kering dan sangat mudah untuk dicuci, jadi pengguna tidak memerlukan masa yang lama untuk menanggalkan maskara terutama ketika ingin mengambil wuduk”.

“Berus maskara ini diperbuat dari silikon dan Ianya sangat mudah digunakan untuk semua”, ujarnya kepada Malaysianews TV.
Memilih rona merah jambu sempena warna kegemaran dutanya itu, maskara ini boleh didapati di semua cawangan Guardian seluruh Malaysia dengan harga RM35.90.