Gaya Hidup

Watsons lancar kedai lestari hijau

Kuala Lumpur – Watsons melancarkan kedai berkonsep lestari hijau pertama di Malaysia sempena ulang tahun ke-29 jenama itu di The Tropika, Bukit Jalil.

Di cawangan itu, Watsons menawarkan lebih 700 produk mampan dengan menerapkan program kitar semula dalam kedai dengan kerjasama Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia atau The Waste Management Association of Malaysia (WMAM).

Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh berkata, konsep diperkenalkan itu adalah inisiatif dalam pasaran untuk mempromosikan usaha lebih mampan.

“Watsons Malaysia mahu menerajui dalam mengembangkan pendekatan perniagaan kami ke arah kemampanan dan pergerakan global ke alam semula jadi. Kami komited memacu perubahan bermakna dan budaya mampan dalam operasi harian.

“Kedai berkonsep lestari hijau pertama ini satu kejayaan Watsons Malaysia dan membina kedai lebih hijau adalah bahagian penting dalam perjalanan kami. Kami terus meneroka teknologi inovatif dalam pembinaan dan operasi kedai untuk menggalakkan pembangunan mampan,” katanya.

Menurutnya, menerusi kerjasama dengan Persatuan Pengurusan Sisa Malaysia (WMAM) membolehkan pembeli mengambil bahagian dalam menderma bahan terpakai berupa bekas produk Watsons.

“Program ini membolehkan pelanggan menerapkan budaya kitar semula dalam gaya hidup mereka. Untuk memulakan program ini, kami menggalakkan pelanggan membawa mana-mana bekas atau botol Watsons dan mereka diberi ganjaran baucar Watsons RM5,” katanya.

Selain itu, sempena ulang tahun Watsons Malaysia, pihaknya menawarkan diskaun tambahan sehingga 30 peratus dan rebat segera RM29 untuk ahli sehingga 22 Februari ini.

Ahli Kelab Watsons dapat menikmati hadiah ditawarkan bernilai sehingga RM3,888,888, termasuk pelayaran tiga malam dengan World Resort Cruises untuk 30 pemenang dan banyak lagi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: