Gaya Hidup

Susu Barista F&N Magnolia Penaja Susu Rasmi Pesta Kopi Kuala Lumpur

Kuala Lumpur – Setahun selepas Pesta Kopi pertama di Pasar Seni, Kuala Lumpur dan pelancaran Pesta Kopi di Hins Bus Depot, Pulau Pinang baru-baru ini, Pesta Kopi KL 2023 kini kembali di Lanai MaTic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, dengan Susu Barista F&N Magnolia sebagai Penaja Susu Rasmi. Kerjasama ini bertujuan untuk mencipta inspirasi tentang kepentingan kualiti susu dan teknik pembuihan susu dalam pembancuhan secawan kopi yang hebat dalam kalangan pengusaha kafe dan barista.

Susu Barista F&N Magnolia menawarkan sudut pengalaman di mana pengunjung akan merasai pengalaman membuat kopi melalui tiga peringkat, daripada ilmu tentang susu, cara pembuihan susu hingga ke kemahiran latte art. Tambahan pula, sesi pameran konsep berjadual juga akan diadakan untuk menampilkan kepelbagaian Susu Barista F&N Magnolia dalam penyediaan minuman menarik lain yang berasaskan susu.

Kebaikan Susu Barista F&N Magnolia
Susu Barista F&N Magnolia ialah susu premium yang sesuai untuk kopi dan minuman lain yang berasaskan susu. Susu ini sangat versatile dan dirumus khas untuk barista, di samping memberi manfaat kepada pemilik kafe dan restoran.

  • Kaya Dengan Krim & Penuh Rasa
    Gabungan seimbang penuh rasa dan tekstur berkrim susu ini melengkapi pelbagai
    adunan artisanal untuk menghasilkan kopi yang lebih aromatik di samping menawarkan
    minuman lain berasaskan susu yang berkualiti.
  • Konsisten & Senang Membuihkan Susu
    Susu yang senang untuk penghasilan buih akan membantu barista untuk menghasilkan
    buih susu yang sentiasa padat dan konsisten dalam setiap cawan.
  • Sesuai Untuk Latte Art
    Susu Barista F&N Magnolia membantu barista untuk menghasilkan mikrofoam tebal dan
    padat serta sesuai untuk mencipta latte art yang cantik.

Acara Untuk Pembuat & Peminat Kopi
Penggemar kopi boleh menerokai lebih daripada 70 pembekal dari seluruh negara, dengan 80% daripada mereka adalah jenama kopi tempatan yang menawarkan pelbagai minuman unik, biji kopi dan pencuci mulut. Terdapat juga 13 pembekal mobil yang memaparkan gaya jalanan yang unik, bersama ratusan pilihan kopi dan menu, serta aktiviti muzik dan seni tambahan yang boleh dinikmati oleh pengunjung. Rakan kongsi Pesta Kopi, Sekolah Kopi,
akan menjalankan cabaran Seni Latte, bertujuan untuk memupuk semangat komuniti kopi tempatan di acara ini. Bertempat di lokasi tarikan pelancong, termasuk pelbagai jenama kopi, aktiviti dan hiburan, Pesta Kopi Kuala Lumpur tahun ini sememangnya salah satu acara kopi terbesar tahun ini yang akan mengalu-alukan ramai penduduk tempatan dan juga pelancong.


Maklumat Acara:
Tarikh : 4 – 5 Mac 2023
Lokasi : Lanai @MaTic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: