Gaya Hidup Terkini

Pesta Kopi kembali di Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR – Selepas sambutan luar biasa peminat kopi kepada 3 acara Pesta Kopi kami tahun lalu, PESTA KOPI PULAU PINANG, PESTA KOPI MELAKA dan PESTA KOPI EXTENDED, kami kembali ke Kuala Lumpur, tempat dimana semuanya bermula. PESTA KOPI KUALA LUMPUR 2023 akan diadakan pada 4 & 5 Mac 2023 bertempat di Lanai Matic, Pusat Pelancongan Malaysia, Jalan Ampang.

Kali terakhir Pesta Kopi diadakan di Kuala Lumpur ialah pada Disember 2021. 

Ini merupakan kerjasama istimewa bersama Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) dimana kali ini Pesta Kopi akan menggabungkan elemen budaya dan pelancongan di dalam acara ini. 

Lebih 70 usahawan dari seluruh negara akan mengambil bahagian untuk edisi kali ini dimana lebih 80% darinya merupakan jenama kopi tempatan. Selain kopi, terdapat jualan makanan ringan dan manisan istimewa yang sentiasa sesuai bagi para peminat kopi.

Acara ini pasti mampu menggamit minat para pencinta kopi di seluruh Lembah Klang.Pengunjung bukan sahaja dapat menikmati pelbagai produk kopi yang dijual, mereka juga dapat melihat sendiri demonstrasi pelbagai cara penyediaan kopi, cara menyeduh dan memilih pelbagai jenis biji kopi serta pertandingan seni latte yang akan dikendalikan oleh Sekolah Kopi, sebuah komuniti yang mendidik orang ramai tentang pengendalian serta pelbagai cara penyediaan kopi.

Jika sebelum ini, Pesta Kopi lebih menekankan tentang budaya keusahawan kopi dan kerancakan minat orang ramai terhadap kopi, dengan kerjasama bersama Pusat Pelancongan Malaysia, diharapkan ianya dapat meraikan serta menyedarkan orang ramai tentang tingginya potensi ‘Pelancongan Kopi’ atau ‘Coffee Tourism’ dimana peminat-peminat kopi pergi dari satu destinasi ke destinasi untuk menikmati keistimewaan kopi di seluruh Malaysia, sekaligus merancakkan pelancongan domestik negara melalui kopi.

Terdapat juga pelbagai aktiviti menarik sepanjang pesta berlangsung antaranya, persembahan muzik dan kebudayaan, pertandingan di antara 60 barista tentang seni latte dan pelbagai lagi.

Pesta Kopi Kuala Lumpur 2023 ini pastinya tidak dapat dilaksanakan tanpa sokongan Mister Coffee dan Magnolia Barista Milk sebagai penaja utama.

Tandakan  kalendar anda pada 4 & 5 March 2023 ini. Alami sendiri kemeriahan Pesta Kopi Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: